Khamis, 17 Disember 2009

SEKOLAH BARU, PENGALAMAN BARU










Inilah sebahagian drp peralatan persekolahan haziq. Semalam pegi belikan dia kasut sekolah. Sebenarnye, ibu dia yg terlebih excited padahal bukan sekolah ape pun baru nak masuk kan dia ke tadika. Tahun depan genap usia dia empat thn. aku hanya beli barang keperluan seperti kasut, stokin, peralatan menulis dan beg sekolah. Yang lain tunggu dia daftar dulu baru tambah keperluan sebab aku pun tak berapa tahu ape sekolah tu perlukan nanti. Mcm baju sekolah memang, kena tempah dengan sekolah. Jadi kenalah tunggu hari mendaftar untuk ambik saiz badan dia yg comel tu. Semalam pun masa nak beli kasut susah juga nak cari saiz kecil. Kelakar tgk dia test kasut semalam. Haziq...haziq....

Memang Haziq nie nak sekolah dr usia tiga thn lg tp baru thn nie dia akan melalui pengalaman ke sekolah. Tahun lps tak bagi dia sekolah sebab masih lg pakai pempers. Untuk thn nie, dia pun dh pandai ckp so, bglah dia sekolah. Kesian gak selalu berangan kat rumah panggil ibu dia nie cikgu. Lg pun biarlah dia belajar sikit2 drp dok kat rumah pengasuh dia tak buat ape2 tu. Lg pun dia boring agaknye sbb semua org tak de. Anak pengasuh dia yg baik dgn dia ( abg Is) tu sekolah lg.Jd selalu tgk org tu pakai baju sekolah, bawa beg sekolah, tu yg dia pun nak sekolah.

Sekolah yang aku pilih nie adalah sekolah dibawah kerajaan negeri johor. Tadika Agama Johor. Antara kelebihan dan sebab aku pilih sekolah nie adalah :

  • Kat sekolah nie, ada belajar jawi. So, sebelum anak aku nie pandai yg lain2, biarlah dia kenal dulu huruf Al-Quran nie.
  • Selain yuran murah, sekolah nie berdekatan dgn rmh aku. Senang skit lah nak hantar dan ambil dia balik sekolah
  • Sekolah nie adalah sekolah bantuan kerajaan. Untuk perancangan akan dtg mungkin aku nak try hantar dia ke sekolah aliran cina pula. Baru perancangan je tu...
Untuk itu aku berharap anak aku nie akan belajar bersungguh2 dan rajin utk kesekolah. Dan harapan ku juga semoga dia akan lebih gembira menjalani kehidupan kanak2  dgn bergaul bersama kawan2 baru serta lebih menambah keyakinan diri. Inilah sebahagian drp pengalaman sebagai ibu yang aku tempuhi. Bahagianya menjadi seorang ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan