Isnin, 3 Jun 2013

Hafikh 3 bulan Dan Ibu


Dah dua minggu saya masuk kerja. Sekejap jerk. Hafikh dah masuk tiga bulan. Setakat nie, belum ade perubahan yang ketara dari Hafikh. Saya mengharapkan, dia cepat meniarap...hahaa..gile over mak ko. Semua nak cepat. Hari tuh gie klinik, dah ambik cucuk kali ketiga.  Dos ape entah tak ingat tapi dah tiga kali lah cucuk huhuuu..Bulan depan nurse cakap datang tak payah cucuk lagi cuma timbang berat badan je. Untuk cucuk kali nie, Alhamdullillah Hafikh tak demam. Nurse siap suruh bagi ubat lepas kena cucuk tu. Takut demam. Saya pun balik cepat-cepat bagi ubat tapi sikit je yang masuk mulut. Yang lain habis basah kat baju. Pandai pulak tu, tau kita bagi dia ubat. Masa tu saya pun redha jelah. Nasiblah tak demam. Terror jugalah Hafikh ye..hahaa. Ok jom kita tengok ape yang Hafikh dah pandai diusia 3 bulan..jom,jom..dah macam kepoh pulak.

  • Pertama-tamanya semakin suka senyum-senyum dan semakin pandai ketawa kuat terutama bila orang acah dia..lagilah.
  • Dah pandai kenal orang exspecially sayalah kan ibu dia.  Nampak muka mak dia nie, terus minta angkat. kaki tangan semua bergerak-gerak.
  • Leher dah semakin tegak dengan stabil.  Makin keras jerk saya tengok.
  • Suka buat buih-buih kat mulut.
  • Suka dan toleh bila orang panggil nama dia. Masa nie bagai kan digeletek-geletek dia ketawa.
  • suka menghisap tangan...

Tengok gambar-gambar nie betapa seronok, serius dan kiut nye muka-muka Hafikh. hahaa puji sendiri pulak kan. Biasalah semua ibu akan rasa anak dia comel. Betul?? comel macam ibu dia eh bukan, comel macam kak Ton. 
ok nak saya pula selepas tiga bulan bersalin, adakah sudah slim? erm, tak juga. Berat pun turun sikit je. Macam mana nak kurus ni. Tapi yang pasti banyak kerja di pejabat yang menanti. Hari-hari pergi keje pon tak sabar nak balik. Nak cium Hafikh. Best kan dah ade baby hahaa..ngada-ngada pulak kat sini. ok lah bye.

gambar mak dengan ring sling. bawa gendonglah sekarang.