Jumaat, 23 April 2010

SHOPPING KAT MENANG



Disebabkan hari ini adalah hari Jumaat, banyaklah masa rehat yang terluang. Lepas tu pulak baru gaji, makanya terjadi perbelanjaan besar-besaran untuk aku nih. Mulanya berhajat untuk belikan mak hadiah sempena hari jadinya pada 12hb april hari tu dah wish tapi hadiah tunggu gaji hehehhe tapi  aku pula yang dah terlebih beli. Murah tau..ada potongan sempena hari dan hari guru serta ditambah lagi dengan potongan sempena karnival MENANG yang akan berakhir 31 hb April ni. Jom lah tengok barang ape yang telah diborong oleh ibu Haziq nie.


Pinggan berkaki 10"



Bekas lauk ARE WANTED ROSE
Fine poercelain
microwave safe
dishwaresher safe
heat resistant

Round cake tray with cover


Bekas isian serbaguna ARE WANTED ROSE
yang nie boleh letak gula,gula,kurma, jeruk dan sebagainya

Nie bekas untuk letak kuih raya tahun ni..wah belum apa-apa dah beli dulu
Dijual pada harga yang berasingan
yang dua kecil tu tak sama harga dengan tiga lagi balang besar tu.

Mangkuk berlauk saiz 7"
ada 6 biji mangkuk yang cute


Nie bekas letak nasi.
Termasuk senduk nasi sekali... senanglah kan kalau ada yang nak datang makan besar kat rumah nanti..sila,sila, silalah...

Yang dua kat bawah nie, saya beli sebelum bersalin hari tu tapi saje nak selitkan kat sini.

Diner set


                                     

                                               Set gelas..kepada yang ada meja bar kat rumah tu bolehlah beli heheee

Oklah jom beramai-ramai ke SYARIKAT MENANG. Nie semua bukan nak menunjuk tau tapi sekadar beri maklumat jer..Apelagi, ambil kunci kereta sekarang...I follow 











Selasa, 20 April 2010

KENANGAN ITU INDAH.( Az, sila baca dan komen)

Ini adalah kisah kanak-kanak sekolah..ops..bukan tapi ini adalah kisah anak-anak remaja yang lahir tahun 80-an dan kini telah jadi mak orang, bini orang dan wanita dewasa.heehhehee...dan lagi dua tahun masuk usia 30-an huhuhuu...tua nye aku. (Tepuk-tepuk sikit muka, ye baru aku sedar aku dah tua). usia dah bertambah, muka dah semakin lebar dan kulit dah semakin kecut. Adus..sedihnye hehee..

Sebenarnya saje je nak cerita tentang saya dan kawan lama saya iaitu pemilik blog mama fina ni. Nama Azliza tapi nama glemer az. Petang minggu yang lalu, selak-selak album, tertengoklah gambar nie. Rindu plak kat Az nie.( yuhooo Az, ko harus berbangga sebab aku rindu kat ko ). Teringat-teringat..semasa kerja kat Ocean Seremban ( ada lagi ke sekarang?). Az memang teman dan kawan yang baik. Sampai sekarang pun kami masih lagi berhubung walau dah lama tak jumpa. Dia selalu jadi mak tiri saya masa dok Seremban dulu.( macam garang gila lak ko Az tapi tak de lah pun ) Masa tu lepas SPM. Keje dan dok jauh dari family. Baru nak kenal dunia luar. Baru nak kenal pakwe-pakwe handsome..hihihi ada ke yang handsome..tapi macam ada yang tersangkut je dulu ek. erm...ketuk-ketuk sikit kepala ..ada kot. biasalah kan remaja...

Mula kenal dengan Az nie, di Sekolah Teknik Juasseh tahun 1998-1999. Kami tak satu kos pun tapi satu dorm. Dari situ kami baik. Saya simpati dengan Az bila setiap kali hampir hari raya, bila sembahyang Terawih kat sekolah, dia sedih sebab dia anak mak dia meninggal dunia semasa dia darjah enam ( macam tu lah lebih kurang, atau aku salah az.) iaitu sebulan selepas kelahiran adik bongsu dia. Tapi saya kawan dengan dia bukan atas simpati semata-mata tapi sebab dia sangat baik hati.

Semasa tunggu SPM, kitaorang keje sama-sama. Tidor satu katil, makan sepinggan ( hehe...cukup ke aku sepinggan bagi dua orang. Bukan aku kuat makan..poyo seh. )tapi memang begitulah kitaorang. Akrab. Bila saya dapat sambung belajar, Az dapat lambat ( mungkin rezeki aku datang dulu padahal, Az nie lagi pandai dari aku yang lembab nie.Alahai sian aku macam kura-kura lambatnye time belajar dulu ...) jadi sedih gile ah bila nak berpisah tu. (macam laki bini lak). Nangis-nangis saya kat Ocean tu. shahdunye...

Masa saya tunang dan kahwin, Az datang. Siap jadi pengapit masa saya kahwin tapi yang ralatnya masa dia kahwin, saya tak dapat datang sebab ada kursus induksi dua minggu. Terkilan sangat. Family saya je jadi wakil masa tu.

Oklah itu adalah sabahagian dari kenangan. Kenangan tu mendewasakan kita. Dan saya berasa bangga kerana kami berdua telah menjadi orang yang berguna (cewah...lebih-lebih pulak.) sekurang-kurangnya tak menyusahkan ibubapa. Moral dari cerita nie, berkawanlah dengan orang yang sanggup bersusah payah dengan kita. Jangan tersalah pilh kawan ye adik-adik...walaupun kita tak sepandai mana, tak sekaya mana dan tak secantik mana, sekurang-kurangnya, kita tak melalui hari yang gelap...(apasal dah jadi ayat motivasi ni).

Kepada Az, semoga tabah dan berjaya menyusukan baby sampai dua tahun. Aku hanya mampu mendoakan dari jauh kebahagian ko. Mudah-mudahan kita berjaya melahirkan dan mendidik generasi yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyAllah.

Inilah sebahagian dari gambar koleksi peribadi..( banyak lagi tu tapi takut Az marah tunjuk gambar tak pakai tudung..hihihi nak terkucil aku takut ko marah Az.... )

Inilah Az. (gambar kat warong jerk).


Jalan-jalan dengan Az dan Adeq (Fiza).

Sape tau nie kat mane...

Member-member Kat Ocean ( yang tudung senget tu adalah aku ).

ish, dekat baju-baju pun nak ambil gambar yek.






Isnin, 19 April 2010

KEBAIKAN mADU LEBAH

Kebaikan Madu Lebah (yang asli tau)
  • Awet muda
  • Melawaskan perut dan membersihkan usus.
  • Mengeluarkan lendir kepada bayi yang baru lahir.
  • Membersihkan darah seperti darah-darah beku.
  • Mempercepatkan proses pembaikan selepas bersalin
  • Menyembuhkan cirit-birit untuk kanak-kanak.
  • Mengelak dari cacing perosak.
  • kulit yang halus dan licin.
  • Mengelakkan kencingmanis bagi ibu mengandung.
  • Kandungan zat galian dalam madu lebah mampu menguatkan janin.
  • Makan madu dgn satu gelas air ye...dua sudu madu dibancuh dgn segelas air.Itu adalah petuanye.
  • dan akhir sekali ye...ia boleh menguruskan badan.Itu yang penting bagi aku hehehehee

Makanlah madu. Amalkan selalu dan sangat baik untuk kanak-kanak dan bayi-bayi yang sedang membesar.




Ahad, 18 April 2010

MOHON IHSAN


Suami saya telah menghantar email ini kepada saya setelah mendapat kiriman daripada teman lama semasa dia bekerja di MARA Penag dulu.  Kisah bayi ini benar-benar menyentuh naluri keibuan saya dan ia mengingatkan saya kepada anak saya iaitu Siti Aisyah. Jika Siti Aisyah ada, usia dia hampir sebaya. Inilah sebahagian dari petikan email tersebut:





MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA

KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.



Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.



Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.



Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.



Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.



Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.



2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.



Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.



Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.



Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.



Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.



Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.



Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my . Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim .





Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.





Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.






Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.





Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.


Bersama-sama kita berdoa semoga bayi ini sihat sempurna. Kepada Puan Rohaiza, bersabarlah. Allah menduga kita dengan berbagai cara untuk menguji keimanan manusia. Walaupun berat terpaksa jua kita hadapi. Berdoalah sentiasa. InsyAllah semua ini ada hikmahnya.













PUSARA AISHAH

Semalam (17/4/10) setelah hampir empat bulan peristiwa kelahiran yang membawa perkhabaran sedih,aku menjejakkan kaki ke pusara anak yang ku kasihi dan sentiasa didalam ingatan,Siti Aisyah. Kami bertiga sedekahkan bacaan Fatihah dan ayat Kursi dan bersihkan sedikait disekitar pusara.Aku sangka, aku telah kuat tapi sebak didada tak tertahan bila Haziq tertanya" bila adik nak keluar ni? nak main." Kesiannya anak ibu...




Selasa, 13 April 2010

AWARD..THANK YOU


Saya dapat award nie daripada dua orang blogger yang selalu saya ikuti tulisannya iaitu kawan baik yang saya sayangi dan kagumi, As ( MaMa FinA) serta teman blogger,Yana yang rajin masuk contest( ADAM & HAWA).Terima kasih kat korang yang sudi memberi penghargaan pada blog yang tak berapa nak cantik nie. Ok mari mulakan operasi menjawab soalan...

Tujuh perkara tentang saya:
  • Berkahwin pada tahun november 2004 dalam usia 22tahun.
  • Dulu bercita-cita nak jadi guru tapi hakikatnya sekarang bekerja sebagai juruteknik awam dengan satu jabatan kerajaan di Muar, Johor.
  • Pernah belajar di Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Perak.
  • Seorang yang banyak cakap dan kelihatan sombong kalau orang tak kenal ( ayat toya nie ).
  • Suka shopping dan karaoke ( hahaaa suara sumbang jerk..layan )
  • Suami saya berasal dari Segamat, Johor.
Sekarang dengan sukarianya nak bagi award nie kat
luZfiQ
Nurul a.k.a Riko
nEo...
Nick Irfan

tak tau nak bagi sape lagi la..







Ahad, 11 April 2010

BACALAH

Tertarik dengan satu tagline yang selalu kita dengar sekarang iaitu 'bangsa berjaya, bangsa membaca'. Memang memberi impak betul amalan membaca nie ye. Ialah kalau tak membaca, tak akan kemanalah kita. Saya memang bersetuju sangat-sangat dengan tagline ni. Membaca memang satu amalan yang sepatutnya menjadi amalan sejak dulu lagi. Bagi saya, kalau sehari tak membaca, memang rasa ketinggalan sangat. Saya tak suka bila orang bercerita kita dok ternganga je. Tak suka jadi seperti tin kosong. Cakap gegar-gegar tapi isi tak ada. Bising je yang lebih, bila orang bercerita ternganga-nganga...oh! malunye.Walau sesibuk mana pun, saya akan pastikan dalam sehari saya akan membaca, mengikuti perkembangan semasa. (bukan baca kisah hiburan je ye, yang lain ke laut).


Kadang-kadang macam tak boleh terima bila orang kata sibuk, tak sempat nak baca.Terutama pada yang dah berkahwin. Ye, saya tahu memang kita sebagai wanita nie banyak segala urusan. Tambah-tambah lagi yang bekerja. Balik belum tentu boleh rileks (kecuali yang ada 'bibik'). Punyalah rasa macam tak cukup tidur. Saya pun macam tu. Tapi terpaksalah ye ambil tau sikit.  Sesekali tu ada jugalah satu hari tu tak membaca tapi tak selalulah. Biasalah kan bila dah letih sangat sampai dah tak sempat nak pegang majalah ke, surat khabar atau buku. Walau macammana pun saya akan cari sedikit ruang untuk membaca Paling tidak pun saya akan buka intenet untuk baca 'paper' untuk mengetahui perkembangan semasa. sementara buat keje kat pejabat tu, sempat jugalah cuci mata jengok-jengok berita online. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Bukan nak tunjuk pandai tau..tapi sekadar renungan untuk kita kaum Hawa ni. Mudah-mudahan tak mudah diperkotak-katik kan. Ingat ye, Jangan lupa membaca


Jumaat, 9 April 2010

PANDUAN UNTUK BUAT BLOG

Rakan saya Liza ada bertanya macam mana untuk buat blog. Saya pun takde lah pandai sangat tapi kat sini saya akan cuba terangkan sikit tentang ilmu buat blog nie. Cewah, macam teror je. Apa-apa pun marilah kita berkongsi. Kalau akak salah tunjukkanlah jalan yang lurus ye...

 Pertama-tamanya kenalah daftar kat http://www.blogspot.com/ atau pun apa-apa blog yang korang terasa nak joinlah (contoh wordprees etc). Kalau untuk blog saya, saya lebih suka menggunakan perisian blogspot. Itu terpulang pada setiap orang ok.

Setelah daftar tu korang bolehlah meneruskan mengarang semua apa yang korang nak buat.

Untuk dapatkan blog atau templete yang menarik korang boleh tengok dan cari kat sini :
   http//btemplates.com/
atau pun korang cari kat google, pyzam template semua  nie akan membantu korang mendapatkan template yang cantik menawan.

Dan jika ingin lebih banyak ilmu blogspot yang saya rasa dapat membantu, korang boleh pegi ke www.godekblog.blogspot.com  Korang boleh banyak belajar dari situ. Aku pun banyak belajar dari sini. Thank yau Pedot. Kau memang seorang yang tak kedekut ilmu dan rajin.

ok...enjoy!

HAZIQ DEMAM.

Lima hari Haziq demam. Risau sangat. Hari nie syukur dia dah sihat sepenuhnya. dua hari juga aku ambil cuti sebab nak jaga dia. Tak pernah kena demam teruk macam nie.  Selalu paling lama demam dua hari je. itupun demam-demam pun masih sempat main lagi tapi kali nie, 'melepek' habis.Kesian tengok dia baring . selalu bukan main riuh. Dalam kereta pun baring je. Pening kepala dia kata. Bawa pergi klinik sampai dua kali. Punyalah risau. Masuk hari keepat kena refer hospital takut denggi. Alhamdulillah lepas darah diambil, tiada jangkitan yang teRuk. cuma jangkitan pada batuk sahaja dan doktor suruh terus habiskan ubat yang diberi. Adalah suatu penyeksaan nak bagi sikecil sorang nie makan ubat. Dia tak suka makan ubat. Bab yang paling aku menyampah nak buat. ( En bakhtiar, sila uruskan budak sorang nie makan obat heehhe )Petang semalam bukan main semangat nak pegi sekolah tapi bila dah pagi nie tengok dia lena tidor, malas nak kejut. Biarlah rehat dah beberapa hari tak dapat tidor malam.

Dan aku...pagi-pagi pergi keje, dah melambak kertas atas meje. Macam tak sempat nak buat banyak2 keje nie semua...(poyo tak ?..ala-ala orang penting lak aku nie ). Yang paling memeningkan,satu lagi projek dan BQ kena settlekan segera. Oh...aku rasa nak balik tidor je sekarang. (ada tak sesape  boleh tolong buatkan heheee.. ).

Ahad, 4 April 2010

CARA MENJAGA BEG KULIT

Beg kulit kalau tidak dijaga dengan betul pasti akan rosak. Kalau rosak sebab dipakai takpelah kan tapi dalam simpanan rosak, alamat frust gilelah jawabnya. Kat sini kita berkongsi sikit tips menjaga beg kulit ni.

  • Simpan beg kulit dalam keadaan menegak atau posisi berdiri dalam rak almari.
  • Masukkan gumpalan kertas kedalam beg supaya bentuk beg tidak berubah. (buat jangan jadi pemalas)
  • Simpan beg didalam pembalut beg yang biasanya diberi semasa membeli beg tersebut. Jangan buang pula yek.
  • Jangan bungkus beg mahal tu dengan kertas surat khabar kerana ia boleh merosakkan permukaan kulit. (ingat nie sayang ye)
  • Lebih elok simpan beg kesayangan tu dalam kotak ( alamk!rajin ke..kalau saya memang malas nak semak banyak2 ni).
  • Untuk menjaga kelembapan beg, bolehlah letakkan silica yang mampu mengurangkan kelembapan. Rajin-rajinlah tengok silica yang dimasukkan dalam beg tu. Kalau bergumpal, itu bermakna ianya perlu diganti baru sebelum silica itu pula yang akan mengotorkan beg anda.

Semoga memberi mamfaat bersama.

Sabtu, 3 April 2010

MAULIDURRASUL SEKOLAH HAZIQ

Bersempena MauliduRasul pada tahun ini, satu majlis sambutan telah diadakan di Sekolah agama Parit Kadhi, Muar, Johor iaitu sekolah dimana tempat Haziq belajar. Pagi-pagi lagi anak aku ni dah bangun. Semangat. Nak pakai baju raya katanya. Aku pun bersemangat jugalah nak menghantar dia. First time tu. pukul 7.30 pg aku dan suami telah menghantar dia depan sekolah. Majlis berarak bermula dari sekolah sehingga ke stadium kira-kira 500meter jugalah anak aku berjalan. Bagi pelajar Tadika Agama Johor nie, diaorang dibenarkan pulang jam 9.30 pagi iaitu selepas majlis berarak dan pelajar-pelajar Sekolah agama tu yang lain, diwajibkan mengikuti program seterusnya iaitu bercerita dan ceramah agama. Jom, tengok Haziq...

Sebelum majlis bermula

Mana haziq nie..

Ini Solihin (tengah) kawan sekelas Haziq.

sopan..

Tu dia Haziq. Cikgu pimpin lagi

Haziq dengan cikgu

MAKAN-MAKAN

Semalam aku berkesempatan menjengok rumah baru kawan ku iaitu Kak Liza. Masuk masuk je terkejut sekejap. Wah! pandai kak Liza susun atur rumah. Tembok dah lain. semua pun dah banyak berubah dari rumah asal. Bagus kakak ku sorang nie. Membuat pelaburan awal dan yang penting masih lagi single. ( ha..jangan coba-coba untuk ngorat ye,nanti ada yang marah.Tapi kalau nak coba juga, cubalah,cubalah ) . Seorang yang boleh digambarkan penjimat jadi tak mustahillah boleh memiliki rumah walaupun masih belum berkahwin. Baguslah. Cuma kena kerja kuat sikitlah.

Lepak rumah dia sambil menghabiskan masa rehat. Sempatlah makan KFC dan bergossip. ( itu yang penting)


Yang belakang tu manjanya..

amboi, si Noreen tu...sedap ye KFC tu. Dan yang 'peace' tu adalah tuan rumah.

Besarnye aku hahaaa