Selasa, 20 April 2010

KENANGAN ITU INDAH.( Az, sila baca dan komen)

Ini adalah kisah kanak-kanak sekolah..ops..bukan tapi ini adalah kisah anak-anak remaja yang lahir tahun 80-an dan kini telah jadi mak orang, bini orang dan wanita dewasa.heehhehee...dan lagi dua tahun masuk usia 30-an huhuhuu...tua nye aku. (Tepuk-tepuk sikit muka, ye baru aku sedar aku dah tua). usia dah bertambah, muka dah semakin lebar dan kulit dah semakin kecut. Adus..sedihnye hehee..

Sebenarnya saje je nak cerita tentang saya dan kawan lama saya iaitu pemilik blog mama fina ni. Nama Azliza tapi nama glemer az. Petang minggu yang lalu, selak-selak album, tertengoklah gambar nie. Rindu plak kat Az nie.( yuhooo Az, ko harus berbangga sebab aku rindu kat ko ). Teringat-teringat..semasa kerja kat Ocean Seremban ( ada lagi ke sekarang?). Az memang teman dan kawan yang baik. Sampai sekarang pun kami masih lagi berhubung walau dah lama tak jumpa. Dia selalu jadi mak tiri saya masa dok Seremban dulu.( macam garang gila lak ko Az tapi tak de lah pun ) Masa tu lepas SPM. Keje dan dok jauh dari family. Baru nak kenal dunia luar. Baru nak kenal pakwe-pakwe handsome..hihihi ada ke yang handsome..tapi macam ada yang tersangkut je dulu ek. erm...ketuk-ketuk sikit kepala ..ada kot. biasalah kan remaja...

Mula kenal dengan Az nie, di Sekolah Teknik Juasseh tahun 1998-1999. Kami tak satu kos pun tapi satu dorm. Dari situ kami baik. Saya simpati dengan Az bila setiap kali hampir hari raya, bila sembahyang Terawih kat sekolah, dia sedih sebab dia anak mak dia meninggal dunia semasa dia darjah enam ( macam tu lah lebih kurang, atau aku salah az.) iaitu sebulan selepas kelahiran adik bongsu dia. Tapi saya kawan dengan dia bukan atas simpati semata-mata tapi sebab dia sangat baik hati.

Semasa tunggu SPM, kitaorang keje sama-sama. Tidor satu katil, makan sepinggan ( hehe...cukup ke aku sepinggan bagi dua orang. Bukan aku kuat makan..poyo seh. )tapi memang begitulah kitaorang. Akrab. Bila saya dapat sambung belajar, Az dapat lambat ( mungkin rezeki aku datang dulu padahal, Az nie lagi pandai dari aku yang lembab nie.Alahai sian aku macam kura-kura lambatnye time belajar dulu ...) jadi sedih gile ah bila nak berpisah tu. (macam laki bini lak). Nangis-nangis saya kat Ocean tu. shahdunye...

Masa saya tunang dan kahwin, Az datang. Siap jadi pengapit masa saya kahwin tapi yang ralatnya masa dia kahwin, saya tak dapat datang sebab ada kursus induksi dua minggu. Terkilan sangat. Family saya je jadi wakil masa tu.

Oklah itu adalah sabahagian dari kenangan. Kenangan tu mendewasakan kita. Dan saya berasa bangga kerana kami berdua telah menjadi orang yang berguna (cewah...lebih-lebih pulak.) sekurang-kurangnya tak menyusahkan ibubapa. Moral dari cerita nie, berkawanlah dengan orang yang sanggup bersusah payah dengan kita. Jangan tersalah pilh kawan ye adik-adik...walaupun kita tak sepandai mana, tak sekaya mana dan tak secantik mana, sekurang-kurangnya, kita tak melalui hari yang gelap...(apasal dah jadi ayat motivasi ni).

Kepada Az, semoga tabah dan berjaya menyusukan baby sampai dua tahun. Aku hanya mampu mendoakan dari jauh kebahagian ko. Mudah-mudahan kita berjaya melahirkan dan mendidik generasi yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyAllah.

Inilah sebahagian dari gambar koleksi peribadi..( banyak lagi tu tapi takut Az marah tunjuk gambar tak pakai tudung..hihihi nak terkucil aku takut ko marah Az.... )

Inilah Az. (gambar kat warong jerk).


Jalan-jalan dengan Az dan Adeq (Fiza).

Sape tau nie kat mane...

Member-member Kat Ocean ( yang tudung senget tu adalah aku ).

ish, dekat baju-baju pun nak ambil gambar yek.






3 ulasan:

  1. ikin, terharu aku baca n3 ko nih..nak tergelak sakan pun ade..wakaka..awatlah ko letak gambar aku pakai tudung ke depan tuh..nasib baik skrg aku dah comel kan..hi2..aku ade gak simpan gambar ni. bkn kita cuci berkeping2 ke..gambar baju merah tu kat melaka kan. duk ocean, pi naik bas ke melaka. wah2, sanggup jalan kaki kat area bandar hilir tuh..pastu pi melaka dgn adik tu,lepas kita SPM kan. time tu belum keje ocean lagi rasanya. bestkan zaman remaja. sekejap jer berlalu. tapi yg penting sekurang-kurangnya kita telah membina hidup sendiri dengan keluarga bahagia. Apepun, aku bertuah mempunyai seorang sahabat yg baik mcm ko. hu..hu..sedih pula..aku kan memang garang dulu..sampai sekarang pun sama gak..tapi org yg dah kenal aku sepenuhnya, mesti tau hati aku kan. apepun, thanks 4 n3 menarik nih..dah 10 tahun berlalu..begitulah juga hidup kita..makin bertambah dewasa dengan pengalaman hidup. doa aku, moga kita bersahabat hingga bila-bila. maafkan salah silap aku sepanjang persahabatan kita. kawan yg ada time suka&sng memang ramai, tapi kawan yg setia&jujur adalah insan istimewa yg tak selalu berkunjung di dalam hidup kita.. woooh,,tak puas hati tul aku tgk gmbr aku dulu.awat comot sgt kan..kalau hubby aku tgk, mesti terkujat..ha2...nasib baik skrg dah slim..take care dear!miss u much!

    BalasPadam
  2. kin..aku br jumpa blog ko ni bl baca blog az..comel giler gambar ko ngn az mase ni..hehehe....

    BalasPadam
  3. masa anak dara comel lah hehee

    BalasPadam