Lima hari Haziq demam. Risau sangat. Hari nie syukur dia dah sihat sepenuhnya. dua hari juga aku ambil cuti sebab nak jaga dia. Tak pernah kena demam teruk macam nie. Selalu paling lama demam dua hari je. itupun demam-demam pun masih sempat main lagi tapi kali nie, 'melepek' habis.Kesian tengok dia baring . selalu bukan main riuh. Dalam kereta pun baring je. Pening kepala dia kata. Bawa pergi klinik sampai dua kali. Punyalah risau. Masuk hari keepat kena refer hospital takut denggi. Alhamdulillah lepas darah diambil, tiada jangkitan yang teRuk. cuma jangkitan pada batuk sahaja dan doktor suruh terus habiskan ubat yang diberi. Adalah suatu penyeksaan nak bagi sikecil sorang nie makan ubat. Dia tak suka makan ubat. Bab yang paling aku menyampah nak buat. ( En bakhtiar, sila uruskan budak sorang nie makan obat heehhe )Petang semalam bukan main semangat nak pegi sekolah tapi bila dah pagi nie tengok dia lena tidor, malas nak kejut. Biarlah rehat dah beberapa hari tak dapat tidor malam.
Dan aku...pagi-pagi pergi keje, dah melambak kertas atas meje. Macam tak sempat nak buat banyak2 keje nie semua...(poyo tak ?..ala-ala orang penting lak aku nie ). Yang paling memeningkan,satu lagi projek dan BQ kena settlekan segera. Oh...aku rasa nak balik tidor je sekarang. (ada tak sesape boleh tolong buatkan heheee.. ).
skrg nih mcm penyakit. senang jer nk dpt eh. sabo jer ar :-(
BalasPadam