Kadang-kadang macam tak boleh terima bila orang kata sibuk, tak sempat nak baca.Terutama pada yang dah berkahwin. Ye, saya tahu memang kita sebagai wanita nie banyak segala urusan. Tambah-tambah lagi yang bekerja. Balik belum tentu boleh rileks (kecuali yang ada 'bibik'). Punyalah rasa macam tak cukup tidur. Saya pun macam tu. Tapi terpaksalah ye ambil tau sikit. Sesekali tu ada jugalah satu hari tu tak membaca tapi tak selalulah. Biasalah kan bila dah letih sangat sampai dah tak sempat nak pegang majalah ke, surat khabar atau buku. Walau macammana pun saya akan cari sedikit ruang untuk membaca Paling tidak pun saya akan buka intenet untuk baca 'paper' untuk mengetahui perkembangan semasa. sementara buat keje kat pejabat tu, sempat jugalah cuci mata jengok-jengok berita online. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Bukan nak tunjuk pandai tau..tapi sekadar renungan untuk kita kaum Hawa ni. Mudah-mudahan tak mudah diperkotak-katik kan. Ingat ye, Jangan lupa membaca

Tiada ulasan:
Catat Ulasan