Hari nie, 4 disember 2009..pergi ke hospital. Mengikut perancangan aku mmg nak bersalin normal dan doktor di JB pun menggalakkan utk normal.memandangkan sblm nie aku dah sizer, better normal sbb tkt peluang utk tambah anak lg mungkin tinggal sekali je. Aku berharap dpt melahirkan secara normal. Aku mengharapkan anak aku nie dilahirkan sihat. Walaupun doktor ckp peluang adalah tipis tp selagi belum bersalin aku akan terus berdoa.
Antara risiko pada baby aku nie:
- Kemungkinan dilahirkan anak tiada lg.
- Disebabkan buah pinggang dia besar, kemungkinan jika lahir pun jangka hayat tidak lama.
- Air ketuban tiada, paru2 baby pun tak mengembang dan matang dgn sempurna.
Semua tu memang berat utk aku terima. Cuma aku berharap seandainya ape yg diramalkan doktor benar2 terjadi, semoga aku tabah dan redha menempuh dugaan yang Esa ini. Mungkin ada hikmah. Tapi selagi ada peluang utk ku berdoa, aku akan berdoa utk kesejahteraan anak yg ku kandung ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan