Memaparkan catatan dengan label HARI RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HARI RAYA. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2013

Sambutan Raya Pejabat Kiteee


Hari nie 29 syawal...erm masih lagi raya kan..ke dah tak rasa macam raya lagi??atau korang masih lagi macam tak cukup raya lagi sebab masih ada lagi orang yang tak buat open house??haaa..acer ner tuh. kalau orang tak buat open house, tapi nak juga datang raya rumah dia, pegi je lah..nama pon raya, pintu rumah sentiasa terbuka. okeh 28 ogos hari tu saya buat openhouse besar-besarannn..kaww pejabat saya buat jamuan hari raya. Tersangatlah meriah dengan makanan..rasa macam nak tapaw bawa balik tapi tak de tupperware pulak nak bungkus hahaa..



banyak kan gerai. semua pon ade. Menu utama ketupat, lontong dan lemang. Untuk sampingan ada satay. KAMBING GOLEK besarkanmatadisitu..kuih raya. 

antara minuman yang ada.

ini lagi, minum sampai muntah dan geleng kepala..taknak-taknak. owh lupa, aiskrim pon ada tau.





weelahhh...mak mok ada disini kikiii..betapa lebar nye saya kat sini. Baju tak sedondon ea.

Pengacara majlis. tq awak-awak sebab tolong jadi emmcee

marhaban dan selawat

My boss..

big boss..ini bakal haji




dan yang ditunggu-tunggu, duit raya. sukalah bebudak nie dapat duit raya kan. Tujuh ploh kali nak cium tangan bos.
Itu je lah kot yang nak cerita. Tahun depan harap-harap pejabat saya buat lah lagi majlis macam nie. dapatlah makan free sampai tak muat perut.  Saya kan sukaaa. 





Rabu, 21 Ogos 2013

Hari Raya..

selamat hari raya!!!ha dah dekat 2 minggu kot raya, baru terhegeh-hegeh nak ucap selamat hari raya kann...Tak pe janji masih lagi dalam bulan syawal kan frenzzz. gambar tersangatlah banyak..dah malas nak edit tau. jom tengok gambar smabil bercerita sikit-sikit.

ok, raya tahun nie saya beraya di Rumah family saya kat Palong. Ramailah sedara memare yang datang. sampai rasa tak mampu nak tutup pintu hahaa..banyak gambar nie sedara dari sebelah ayah saya. sedara sebelah mak ade juga yang datang tapi masa tu tak teringat nak bergambar. Punyalah sebok mengumpat bercerita sampai tak ingat nak bergambar.
Ini sesi bergambar bersama sepupu-sepupu perempuan sebelah ayah saya..semua dok tayang baby ker?? baby-baby tu semua hampir sebaya. jarak sebulan kedua bulan je.

ni sepupu-sepupu lelaki semua pon belum kawen yang perempuan tuh, dok tumpang sekaki lah tuh.

Haziq

angah dan Killa si kepoh kecik nih.

haaa semua pon kepoh


Hafikh memang suka senyum. 



pak cik kayooo. Ini kat rumah atok saya. sakan Haziq.

gambar semua ni diambil pada raya kedua. tapi dalam ramai-ramai nie baru perasan UncleBad tak de..ish,ish,ish tak patut kan..dia biasalah  suka mengelakkan diri..tensi betul nak cari, last-last lantak lah. Malas dah nak gie cari untuk bergambar.


Okeh, dalam family saya ada kembar tau..so, agak-agak boley ke saya dapat kembar..oh, sanggup pulak ahkak oi..


mak saya dan birasnya mak teh (mama si kembar)

kalau perasan, baju masing-masing pon dah ade yang bertukar ke baju tido.itu maknanye, raya sampai kemalam..ko mampu???
Haziq dan Killa. killa nie memang tak boleh blah sekarang. garang gile.pastu kuat membebel nih..aje geram je Haziq tengok dia. 

nie gambar raya pertama. Haziq dengan bangga tunjuk duit raya. pergh..eksen gile. Tahun nie saya tak buat baju melayu untuk Hafikh. Takut dia rimas.  Sekejap je dah salin pulak nanti. Tunggu tahun depan lah ye baru boleh pakai sedondon dengan abang. Masa nih UncleBad tak de okeh..dia macam biasa raya pertama kena kerja rumah Bos dia (D.O) memang itulah rutin setiap tahun. Petang baru balik dan bila dah petang mood ambil gambar dah tak de..tu yang nampak ada tiga kepala je dalam gambar ni. sian kan??/


KAMI...dan Hafikh yang tak tau lah dok pandang ape

Ini raya ke tiga di kenny roges..makan ayam panggang hai, jemu makan rendang dua hari hai, suke-suke hai,hai,hai...bila dah hujung raya pulak baru rindu nak makan rendang balik hai,.agak dah kenapa. okey done.




Selasa, 27 September 2011

Open house sekolah Haziq

Hari nih raya lagik ke? tengok kelendar skit.  Tak habis lagi nak cerita pasal raya.  ape pasal? saje cari pasal..kononye lah. hehee
oret, cerita raya saya, cerita kisah Haziq.  Hari sabtu lepas, cikgu dia buat marhaban, jamuan raya kat sekolah. Punyalah suka anak aku...pagi-pagi bangun dengan penuh semangat.  Senang gile lah. Sampai sekolah, ingatkan dah terlambat, tapi kitaorang antara orang yang terawal tuh menapak kat sekolah.  saya pegi berdua dengan Haziq disusuli ayah dia.  Tapi ayah dia datang kejap jerk.  Tengok kejap-kejap dah terus balik..
Pagi, semua ibubapa dan murid kena tunjuk kreativiti dengan buat something pakai tanah liat.  peh! pening nak buat ape. Korang tau je lah kan...saya nih bukanlah kreatif sangat. satu hari satu malam dok pikir nak buat ape...tak datang idea.  Mula2 tuh buat karipap...karipap tuh...bila tengok orang sebelah-sebelah buat lagi kreatif, mula saya tak senang duduk....nak buat ape nih....
tengoklah ni..semua kreatif.  Buat bakul lah, buah-buahan lah, buat bunga lah.  Ada rasa macam terharu tak ?
Inilah produk yang paling tak kreatif....tau tak nih ape? hahhaaa inilah badut.  Rasa geli tak huhuhuu ini ajelah yang mampu mak pikir nak.. Haziq tolong buat bulat-bulat... sebelah tuh pula, donut tak jadi. warna coklat. aLa-ala hangus gitu.  Pastu Haziq letak merah-merah atas tuh.  Dia kata, gula.. boley lah. Aje kelakar.

Sebelum nyanyi ambik gambar dulu

Macam-macam ragam ketika buat pesembahan nyanyi lagu raya.
Nak juga

Dapat juga hadiah.  Hadiah saguhati. Yang ini semua orang dapat.  Jadi lah ye.  Tahun depan cuba lagi. Suka Haziq.  Macam dapat nombor satu plak.  Malu mak..

Sabtu, 17 September 2011

Huh...Ada lagi rupanya..

Rasanya masih tak terlewat lagi untuk saya mengucapkan selamat hari raya. Setelah berminggu-minggu membiarkan blog nih bersemak, hari nih baru nak clearkan semua semak-samun. Apelah nak jadi dengan kakak ko sorang nih yerk.. Malas mengalahkan Nobita.  Kenapa Nobita? Cecuba pikir...Kerana Nobita malas buat kerja sekolah dan banyak bergantung pada Doraemon untuk settle kan masalah. Boley Tak buat ayat macam tuh?
Okeh, gambar raya tahun nih tak banyak.  Ada beberapa keping jerk.  Entah kenapa, tahun nih selalu sangat lupa nak snap gambar.  Padahal tahun nie banyak juga aktiviti raya saya.  Dah tua Agaknye.  Yang paling ralat sekali tak ambil sekeping pun gambar Din sekeluarga semasa datang rumah mak saya hari tuh.  Din nih kawan sekelas masa time belajar dulu. Punyalah lama tak jumpa, Last2 tak ambik gambar pula.  Apepun thanks datang rumah.  Dah ada dua anak dah kawan saya tuh.  Bagus...meramaikan umat.  Oh, bile dah cakap pasal umat ramai,  pada sabtu lepas bersamaan 10.09.2011,  kakak ipar saya telah selamat melahirkan baby boy.  Nama dia Hadz Aaron Hanif.  Macam tuh lah lebih kurang nama dia.  Seronok sangat Haziq dengar Adam dah dapat adik dan dia pun dah mula terkinja-kinja minta adik gak.  Huh! takut.  Nampaknye tahun depanlah baru dapat jumpa Hadz, eh...Aaron, eh entahlah tak tau lagi mumy dia panggil ape.  Tahun depan bila dia balik Malaysia mesti dah besar. Dekat setahun mungkin sebab kakak ipar dan family dia dijangka balik raya tahun depan.  Best nyer.  Meriah sikit rumah Hj Zainal. Harap2 kakak ipar saya bersabar dalam menghadapi pantang yerk. Semoga dapat menempuh dengan jaya nye, ye Kak Long.

Nah, tengok nih


Gambar di pagi raya
Ada tak sesape yang nak tanya mana pegi nye ayah Haziq? Tak payah, meh saya bagi tau...dia macam biasa pagi raya sambut tetamu kat rumah D.O. (rumah bos dia ).  Kesian kan saya huhu...
ni plak gambar dengan family saya kat rumah saya.  Gambar kat rumah mak saya, tak ambik. tuh lah yerk, dah tua semua lupa. Tapi dlm gambar nih Haziq pakai baju tido lagi.  Dia malas mandi okeh...dan kecewa gila, gambar kepala laki aku, separuh jerk.  Pendek betul tukang ambik gambar nih.  Agak-agak sape si pendek tuh? hehehe




Aqila pun tak sporting.  Sama macam Haziq.  Tak nak pandang kamera.

Nih gambar ngada-ngada...
Ini pula gambar ngada-ngada uncle Bad.
 Gambar terang gelap nih pun nak masuk gak..

Ok dah habis...