Rabu, 21 Ogos 2013

Hari Raya..

selamat hari raya!!!ha dah dekat 2 minggu kot raya, baru terhegeh-hegeh nak ucap selamat hari raya kann...Tak pe janji masih lagi dalam bulan syawal kan frenzzz. gambar tersangatlah banyak..dah malas nak edit tau. jom tengok gambar smabil bercerita sikit-sikit.

ok, raya tahun nie saya beraya di Rumah family saya kat Palong. Ramailah sedara memare yang datang. sampai rasa tak mampu nak tutup pintu hahaa..banyak gambar nie sedara dari sebelah ayah saya. sedara sebelah mak ade juga yang datang tapi masa tu tak teringat nak bergambar. Punyalah sebok mengumpat bercerita sampai tak ingat nak bergambar.
Ini sesi bergambar bersama sepupu-sepupu perempuan sebelah ayah saya..semua dok tayang baby ker?? baby-baby tu semua hampir sebaya. jarak sebulan kedua bulan je.

ni sepupu-sepupu lelaki semua pon belum kawen yang perempuan tuh, dok tumpang sekaki lah tuh.

Haziq

angah dan Killa si kepoh kecik nih.

haaa semua pon kepoh


Hafikh memang suka senyum. 



pak cik kayooo. Ini kat rumah atok saya. sakan Haziq.

gambar semua ni diambil pada raya kedua. tapi dalam ramai-ramai nie baru perasan UncleBad tak de..ish,ish,ish tak patut kan..dia biasalah  suka mengelakkan diri..tensi betul nak cari, last-last lantak lah. Malas dah nak gie cari untuk bergambar.


Okeh, dalam family saya ada kembar tau..so, agak-agak boley ke saya dapat kembar..oh, sanggup pulak ahkak oi..


mak saya dan birasnya mak teh (mama si kembar)

kalau perasan, baju masing-masing pon dah ade yang bertukar ke baju tido.itu maknanye, raya sampai kemalam..ko mampu???
Haziq dan Killa. killa nie memang tak boleh blah sekarang. garang gile.pastu kuat membebel nih..aje geram je Haziq tengok dia. 

nie gambar raya pertama. Haziq dengan bangga tunjuk duit raya. pergh..eksen gile. Tahun nie saya tak buat baju melayu untuk Hafikh. Takut dia rimas.  Sekejap je dah salin pulak nanti. Tunggu tahun depan lah ye baru boleh pakai sedondon dengan abang. Masa nih UncleBad tak de okeh..dia macam biasa raya pertama kena kerja rumah Bos dia (D.O) memang itulah rutin setiap tahun. Petang baru balik dan bila dah petang mood ambil gambar dah tak de..tu yang nampak ada tiga kepala je dalam gambar ni. sian kan??/


KAMI...dan Hafikh yang tak tau lah dok pandang ape

Ini raya ke tiga di kenny roges..makan ayam panggang hai, jemu makan rendang dua hari hai, suke-suke hai,hai,hai...bila dah hujung raya pulak baru rindu nak makan rendang balik hai,.agak dah kenapa. okey done.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan