Jumaat, 26 Julai 2013

Si Bujang


Dah lama tak cerita pasal Haziq kan.. Dah besar dah dia ni tau..Dah semakin matang dan bijak berkata-kata. Diusia tujuh tahun, Haziq sudah semakin pandai bawa diri. Yang tak boley blah dia suka buat lawak sengal hahaaa.Kekadang tak sangka dia ade idea macam tu dan bila bercakap pun dah macam atok-atok..dah terasa kemudaan saya disitu sebab cakap dengan atok-atok. Hari tu boleh saya tengah susukan Hafikh sambil nyanyi.Alah lagu tepok amai-amai je pon. Tiba-tiba dia buat rap terbeliak-beliakmataakudisitu. Ko pehal budak..bile dia tengok saya terkejut, boleh pulak dia ketawa dan tanya "ibu kenapa". saya pon balas, '"tak ade ape. ibu macam nak pitam je." dia balas, "La...ibu ni dah macam orang tua.asik-asik pitam." Eh, saya ke yang tua???kikiiiii..Mulalah tak sedar diri ibu ko nie Haziq.
Yang bagusnya Haziq nie, dia tak mudah sentap. Orang marah dia jaranglah nak nagis ke ape ke. Dia tanya kita balik adelah.Tapi kadang-kadang tubila masa dia ngada-ngada, mentol juga saya. Makanan kegemaran adalah nasi goreng USA. Jauh tu nak beli. kena fligh okey. Kalau kat muar dulu, dia suka makan nasi goreng cina tapi kat Segamat, sudah tukar. Dia cakap kat Segamat nasi goreng cina tak sedap. Muar je yang sedap. Yelah tu. Saya rasa sama je. Banyak cekadak ko ek.

uit..nak gie mana tu..

nie gambar sebelah je muka Haziq. sian. Gambar nie saje ibu dengan adik nak tumpang glamour hohooo..

Kalau dulu risau je hantar dia hantar kat rumah pengasuh (masa baby) takutlah kan orang tak jaga betul-betul anak kita tapi bila dia dah besar, umur dalam 3 tahun, siap tak nak balik lagi bila saya jemput bila balik kerja. Ingat lagi saat-saat itu. Ternyata, pengasuh Haziq dulu sangat-sangat okey. Sampai sekarang pun bila time cutiHaziq selalu tido rumah mak dia tu. Kalau cuti tak datang, awal-awal mak dia atau abang IS (anak pengasuh) akan telefon bila nak datang. Mulalah saya kepeningan disitu.


Ini gambar-gambar selepas balik dari taekwondo. Dia sudah berada di stage kedua. Dah dapat tali pinngang kuning. Dia memang minat gila nak pergi kelas ni setiap hari ahad. kalau tak pergi sia risau. Boleh masa saya bersalin kat JB haritu, dia seboleh-boleh suruh ayah saya hantar pegi kelas taekwondo. Tak ke pening. Lepas tu saya pon cakap kat dia, hari tu kelas cancel. Seboleh-boleh okey.


Masa nie pergi Muzium Port Dicson. Haziq kan suka askar-askar bagai nie kan. So, bawa dia pergi sini ye. oh, lupa kan nak cerita pasal pegi muzium tentera nie hari tu. Ahkak lupa uolls...

Ini lagi gambar interframe..lebau senyum.

Dan hadiah basikal pixie semasa beday ke tujuh hari tu. Birthday dia hari tu tak sambut kan. so, ayah dia bagi hadiah ni kat dia. Suke ler tuh..tak pe tahun depan boleh sambut beday sama-sama adik. Beza satu hari je kan. Tak kan nak buat asing-asing. ye tak???Senang jugak ye birthday anak dekat-dekat nie. Boleh buat sekali tiap-tiap tahun. Jimat.  Mak ko nie kan kedek...Tapi hadiah asing-asing u olls...umor lain-lain kan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan