Memaparkan catatan dengan label RAGAM PEJABAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAGAM PEJABAT. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2011

Cerita ceriti di Tg Leman.  Macam pegi bercuti pulak tapi bukan.  Ini adalah tempat kursus minggu lepas. Ingat lagi saya ada mengumumkan tentang kepergian saya selama dua hari ke Tg Leman.  Penat betul.  Empat jam dari Muar untuk ke sana.  Betul-betul terseliuh urat sarap.  Nasib lah menumpang kereta orang.  Kereta baik punya kan...kalau naik myvi saya, lagilah parah tulang-tulang kaki.  Bertempat Felda Resident Resort,  Kitaorang berkampung dengan sukaria...sukalah sangat hehehe.....

Sebelum masuk bilik,  ambil gambar dulu



Muka nak baik okey hehee...cover perut tuh..


Possing lagi sebelum kursus...Merah betul bibir mak ngah..

Pemandangan dari dalam bilik

Bilik pun okey...tempat mandi pun okey...semua okey.  Tempat baru jadi semua nampak baru dan lawa.

Dengar jangan tak dengar

Makan pun okey.  Ini puding yang disangkakan bunga hiasan meja.

Aik, ada juga hehee...saya sebilik dengan member baik nih.  Kak anis siap bawa anak-anak lagi sebab ada swimming pool.  Cuba tengok si Maya tuh-tuh-tuh....bibir merah ko..

Bukan main lagi mulut tuh...bila orang nak ambik, taknak. Nangis macam kena dera. Bila dengan ibu dia, macam-macam possing nak buat.  Mulut sampai terbuka punyalah excited .


Khamis, 4 November 2010

TAK HABIS LAGI

Esok cuti. Nak pegi mane? ohw, sebelum terlupa Happy deepavali yerk kepada sesiapa yang menyambut perayaan tersebut. Nampak gayanye cuti lagi lah kita tiga hari berturut-turut. selonok yerk..esok aktiviti saya nak balik kampung mak saya. Pastu hari ahad nak gie rumah sepupu saya kawen. Sekarang nih, hujung minggu banyak sungguh majlis kahwin. Boley dikatakan tiap-tiap minggu ada jemputan. ha...nak dengan tak nak pegi jerk. Tapi biasanya bila orang dah ajak kenalah pegi kalau tak de ape urusan. wajib pegi tau kalau dijemput.

Hari nih, masih lagi sibuk. tapi malam nih sempat juga nak online setelah beberapa hari tak buka internet. Macam orang penting jerk kan sibuk...bukan buat-buat sibuk tau. Sibuk menyiapkan kerja yang tertangguh. Di pejabat, minggu depan ada audit haaa...malas nye tapi bagus juga,   sekurang-kurangnye boleh tengok apa yang kurang dan tertinggal dalam fail tuh..

Cuba tengok budak dua orang nih. ape keje lah yerk..Rajin tuh. melambak-lambak kertas atas meja. Ni lah muka-muka orang rajin kat pejabat tuh. Muka-muka yang tak derk tuh, muka pemalas lah tuh huhu...aku pon lah tuh??? Norin dengan Dila thank you yerk tolong tengok-tengok kan fail ISO tuh. Sungguh tak sempat nak update kalau korang tak tolong. akak ko nih tau jerk lah..malas sibuk. Dalam sibuk-sibuk tuh boley pula akak ko nih ambik gambar candid korang..memang sungguh nak kena pelempang akak ko nih. Tapi jangan salah kan akak 100%...sebab akak pon ada tolong sikit-sikit isik borang tuh walau pun hanya beberapa helai terakhir heheheee...okey lah tuh kan daripada ada orang tuh...tak tolongpon..tau nak siap jerk lepas tuh ada pula yang jadi tukang menyampok jerk. mengalahkan tokey kilang bagi arahan..( ada ke? sape haa? aku ke yang bersalah? ) heheee.
Itu jerk lah nak membebel hari nih. Saje jerk nak cerita pasal keje yang tak siap-siap hari nih...boley lah minta tolong kalau ada sesape yang rajin...boley ke? mesti lah boley kan...boley blah hehe.








Jumaat, 8 Oktober 2010

PENUTUP RAYA



Semalam pejabat saya telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya merangkap jamuan untuk pesara, bakal pesara dan bakal jemaah Haji untuk tahun ini. Merangkap juga menghargai kakitangan yang telah bertukar dan merangkap pengakap...tidak,tidak gurau aje.. Semuanya dibuat sekali menjadi satu. Jimat kan??kuikui..Kenalah berjimat cermat sekarang nie. Membazir amalan syaitonnn..

Gambar yang gelap tapi boleh nampak lagi..kepada yang tak nampak tuh sila pakai teropong.sila,sila,sila..

Sempat lagi pose masa tengah marhaban..boley ke gitu??comel kak Liza tu..kiri sekali
 
Noreen mengagihkan bunga telur dan bunga rampai..anak dara kena rajin. Mak dara tukang arah jerk..amboi, pandai ko ye Shikin.


antara Hadiah untuk cabutan bertuah dan untuk orang yang dirai. Kak Anis datang hari nie. Tu sempat lagi pose depan hadiah. yeay,yeay 'kepala' datang hehe

Sekarang masa untuk makan pulok.. wah! segar, besar kecik mata saya sekarang.


menu utama Nasi minyak.. ayam masak merah, kuah lodeh..erk, betul ker? 
 
Muar nie terkenal denagan macam-macam makanan yang best-best, berat-berat, lemak-lemak, kolesterol.. ini satey Muar. Sedap. Dan lagi bertambahlah lemak-lemak tepu dalam badan. haa..sebab sedap, makan jugak ler.

pemanis mulut..atau pencuci mulut ke pemasam mulut. ape-apepon dah habis aku bedal.

acar darat

Air yang kurang manis...wah, laser yek..tapi bagus juga sebab dah makan yang tinggi karbohidrat dan kalori. Bolehlah minum air yang kurang manis. Lagi elok minum air mineral..baru betol.

Pelayan tetamu yang sentiasa tersenyum.hehee tak de lah, dia cuma nolong in tuang air.

Si Dilla yang suka buat pasal huhu...suka mendengki dia nie. tapi sangat friendly.

Lepas makan ambil gambar.

Dah kenyang ambik gambar je lah kan..sambil tunggu nama naik manelah tau dapat cabutan bertuah.Bertuah ker??



Hajat hati nak menang hadiah misteri merangkap hadiah utama tapi dapat ini jerk..
v
v
v
v
v
v
v
v

Jadilah kan..bekas kedap udara jenama Turperrware.. daripada tak dapat..ape nak dikata..
Nak tau hadiah misteri tu ape??malas nak bercekadak kat sini, hadiah utama tu adalah komputer riba 14" jenama compact. Dimiliki oleh abang Razak. Taniah yerk..

Ini lah hadiah untuk orang-orang yang bertuah. hehehe...nasib sebenarnye kan.tak baik cakap macam tu kan,kan..Nie hadiah member yang dok semeja. boleh katakan semua dapat dapat..kebetulan. Walaupun hajat hati nak dapat comforter atau tilam travel yang boelh lipat-lipat tut tapi dah dapat mangkuk serbaguna tu pun dah syukur. Alhamdulillah.







Ahad, 5 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA

Setelah ramadhan sampai ke penghujungnya, dapat jemputan berbuka di hotel. Lokasi hotel Sri Pelangi. Majlis berbuka puasa bersama teman sepejabat.  wah, makan sedap-sedap larilah diet saya selama beberapa minggu berpuasa nie. kekonon nak kurus hehee.makan je lah. Makan ramai-ramai memang meriah bagai. dan kebetulan hari tersebut adalah hari lahir Farah teman sepejabat. buat suprise kat dia malam tu..ha, terjut ayam dia. Kek nie sponsor dari Kak Anis. tapi malam tu dia lewat sikit sebab dia berbuka bersama teman sepejabat suami. dan sayalah orang yang paling penyibuk hehee

kek dari secret recipe. ape ntah nama kek nie.. tak ingat pula. sedap..

akak kepoh dah datang. Wau bersinarnya gigi Haziq

la..lilin tak cukup pula..tak pe muda sikit. Peringatan! jangan makan bayak-banyak kek. tak baik untuk kesihatan badan dan gigi..ayat poyo.

Bergambar bersama pengantin farah ( orang yang dirai) Haziq tu hidung gatal ke korek hidung.

senyum..

yang tengah-tengah tu pun nak bergambar juga.sian dia gambar ak de. asyik ambik gambar orang je.


Isnin, 2 Ogos 2010

JAMUAN JASAMU DIKENANG

Pada hari jumaat yang lalu bertempat di Kelab Golf Tanjung Emas telah diadakan majlis perpisahan untuk Encik Khairudin. Dia akan bertukar ke Pejabat JKR Daerah Ledang. en Khaiudin nie pelukis pelan kat bahagian Jalan. Kesian juga dengan En khairudin nie. Terpaksalah lepas nie dia berulang dari Muar Ke Ledang. Macam suami saya. Apapun kita mengharapkan yang terbaik dan semoga bertemu lagi buat En Khairudin nie. 

Sebelum majlis bermula, seperti  biasa sessi ambil gambar

Macam-macam aksi masa ambil gambar. Semua pun sporting. En sudin dgn Kak som paling sporting( mereka ni suami isteri).

Dilla dngan Norin tu memang jakon bila jumpa kamera hehe...siap tngkat dagu lagi..ingat nak masuk majalah Mangga ke.


Juadah yang menyelerakan. Lontong, satey, kuih popia, kuih seri muka dan rendang daging.

kata-kata akhir dari En Khairudin. semoga berjumpa lagi. Jasa dan budi baik En khairudin selalu dikenang.Semoga dapatlah mencurahkan bakti ditempat yang baru.

En. sudin tu..halau lalat ke..

sedikit cenderamata disampaikan oleh bos bahagian jalan.

Bergambar kenangan selepas majlis.