Jumaat, 8 Oktober 2010

PENUTUP RAYA



Semalam pejabat saya telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya merangkap jamuan untuk pesara, bakal pesara dan bakal jemaah Haji untuk tahun ini. Merangkap juga menghargai kakitangan yang telah bertukar dan merangkap pengakap...tidak,tidak gurau aje.. Semuanya dibuat sekali menjadi satu. Jimat kan??kuikui..Kenalah berjimat cermat sekarang nie. Membazir amalan syaitonnn..

Gambar yang gelap tapi boleh nampak lagi..kepada yang tak nampak tuh sila pakai teropong.sila,sila,sila..

Sempat lagi pose masa tengah marhaban..boley ke gitu??comel kak Liza tu..kiri sekali
 
Noreen mengagihkan bunga telur dan bunga rampai..anak dara kena rajin. Mak dara tukang arah jerk..amboi, pandai ko ye Shikin.


antara Hadiah untuk cabutan bertuah dan untuk orang yang dirai. Kak Anis datang hari nie. Tu sempat lagi pose depan hadiah. yeay,yeay 'kepala' datang hehe

Sekarang masa untuk makan pulok.. wah! segar, besar kecik mata saya sekarang.


menu utama Nasi minyak.. ayam masak merah, kuah lodeh..erk, betul ker? 
 
Muar nie terkenal denagan macam-macam makanan yang best-best, berat-berat, lemak-lemak, kolesterol.. ini satey Muar. Sedap. Dan lagi bertambahlah lemak-lemak tepu dalam badan. haa..sebab sedap, makan jugak ler.

pemanis mulut..atau pencuci mulut ke pemasam mulut. ape-apepon dah habis aku bedal.

acar darat

Air yang kurang manis...wah, laser yek..tapi bagus juga sebab dah makan yang tinggi karbohidrat dan kalori. Bolehlah minum air yang kurang manis. Lagi elok minum air mineral..baru betol.

Pelayan tetamu yang sentiasa tersenyum.hehee tak de lah, dia cuma nolong in tuang air.

Si Dilla yang suka buat pasal huhu...suka mendengki dia nie. tapi sangat friendly.

Lepas makan ambil gambar.

Dah kenyang ambik gambar je lah kan..sambil tunggu nama naik manelah tau dapat cabutan bertuah.Bertuah ker??



Hajat hati nak menang hadiah misteri merangkap hadiah utama tapi dapat ini jerk..
v
v
v
v
v
v
v
v

Jadilah kan..bekas kedap udara jenama Turperrware.. daripada tak dapat..ape nak dikata..
Nak tau hadiah misteri tu ape??malas nak bercekadak kat sini, hadiah utama tu adalah komputer riba 14" jenama compact. Dimiliki oleh abang Razak. Taniah yerk..

Ini lah hadiah untuk orang-orang yang bertuah. hehehe...nasib sebenarnye kan.tak baik cakap macam tu kan,kan..Nie hadiah member yang dok semeja. boleh katakan semua dapat dapat..kebetulan. Walaupun hajat hati nak dapat comforter atau tilam travel yang boelh lipat-lipat tut tapi dah dapat mangkuk serbaguna tu pun dah syukur. Alhamdulillah.







2 ulasan:

  1. kin, comelnya tudung raya ko..ape namo eh...hi2...lepas ni buat jamuan depavali lak..ha2..

    BalasPadam
  2. tengah kumpul duit nie nak buat jamuan deepavali hahaa...Az,tudung tu aku tengok kat internet namanya tudung rozita che wan. Walaupun rozita che wan ta pakai tudung,, ada gak nama tudung dia..hehee..tapi tu aku tempah sendiri.tiru pesen dia jerk

    BalasPadam