Khamis, 7 Oktober 2010

RAMBUT SIHAT

Rambut sihat,rambut cantik semua orang nak..saya selalu berangan nak rambut sihat dan cantik macam fouzih Gaous,macam jue Aziz dan paling tak boleh blah,rambut cun macam rozita cik wan.

Cantikkan rambut dia..

Kat sini tak de lah nak tunjuk rambut saya. Tak dapek lah den nak nolong..Saje nak kongsi serba sedikit info tentang rambut. Walaupun bertudung, tak semestinya kita terlepas dari menjaga rambut. Jangan ingat perempuan bertudung tak menjaga penampilan rambut ye..rambut kan mahkota wanita. satu kepuasan tu bila rambut kita mengurai sihat.kan,kan,kan??
pergh, dah macam karangan plak. Bahasa berbunga ranum indah. bak puitis dahulu kala..oi,oi,sudah jangan nak toya kat sini.


Nak bagi tau satu tips yang saya dapat dari majalah tapi lupa majalah apa. Kalau nak bagi rambut tak kering, amalkan letak santan pada rambut. Saya dengan bangganya nak bagi tau, saya telah cuba buat dan jadi. Bangga kau.. Bangun pagi rasa rambut lembut sangat. Cubalah petua dahulu kala nie. Memang leceh tapi berbaloi. Bukan susah pon, beli je santan kat pasar tu. balik letak je atas rambut semasa mandi. Jangan jadi pemalas.
Antara faktor rambut saya menjadi kering dan rosak  adalah

  1. Menggosok rambut dengan tuala selepas mandi...ni dalam dua bulan nih saya dah tak buat. Sekarang lepas jerk syampoo terus bungkus kepala dengan tuala.
  2. Selalu terdedah dengan asap rokok..oh, suami ku silalah berhenti merokok. Semalam pun dah merungut rokok dah naik harga lagi. Jadi silalah berhenti. Ayat nak salah kan suami jugak. hehehee..
  3. Pakai syampoo yang mengandungi kimia yang banyak. Sekarang saya dah pakai syampoo baru. 

Itulah rasanya kot penyebab rambut saya rosak. tak taulah kalau ada lagi. rasa-rasanya itu sahaja yang menjadi penyebab kerosakan rambut saya. Dua bulan lepas, rambut saya gugur banyak sangat. Penuh satu rumah rambut bersepa-sepah. Sekarang lepas dah tak amalkan amalan yang tak berpaedah kat atas tadi, rambut pun dah tak gugur. Tak payah nak sapu rumah hari-hari. Tak sempat oooo...

Oklah itu saja kot untuk hari nie. Macam tak de idea. Sekarang macam terkenang-kenang sabah...mengapa bah..ko berubah...hehee..kenapa ea?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan