Memaparkan catatan dengan label RESEPI IBU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI IBU. Papar semua catatan

Ahad, 22 Mac 2015

Aiskrim Oreo Homemade lah kunun


Pasal ape tajuk ngada-ngada macam tu..macam tak sopan pulak rasa tapi biarlah, tak de idea gempak nak tulis . ok hari ni cuti. Tak de buat ape..panas-panas gini..sedap menyejukkan tekak. Dah lama nak try buat aiskrim ni orang lain dah berbekasbekas buat,saya baru nak buat. Ok lah walau pun dah ramai yang tau..tapi saya nak kongsi juga kat sini..



Ini bahan-bahannya. 2 sudu besar Ovallete
1 sudu teh vanila
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
biskut oreo

Mula2 asingkan biskut dengan krim.pastu patah-patahkan dan biarkan dulu.

Campurkan semua bahan ke dalam mixer. Tapi kalau rumah tak de mixer..masukkan je dlm blender..macam saya buat ni.
Pastu agak2 dah sebati keluarkan.


Masuk dalam bekas dan tabur sedikit lebihan biskut oreo dibahagian atas. Lepastu bekukan. Nak betul-betul  sedap, biarkan satu hari dalam peti ais..ermm..sedap.
ok lah nasib menjadi. Simple je kan. Senang. So..boley lah makan banyak mana sampai muntah. Next time boleh buat lagi. Jom, cuba.

Isnin, 26 Ogos 2013

Aiskrim Goreng Lorrr...

Ini semalam punya cerita entah macam mana tetiba nak buat aiskrim goreng pulak.wah sedap ni tengah2 panas makan sesuatu yang sesejuk ni memang terbaek lah. Tekak haus sangat *sambiltanganurutbawahtekak*. unclebad pun tak de.sibuk dengan kembara Mahkota Johor, marilah kita pon menyibukkan diri kita dengan menu di petang syawal. Saya siap terfikir kalau ade sesape nak datang raya,dapatlah merasa menu istimewa ahkak ni hehehe..tapi semalam je lah offer tu. hari nie tak dapek..ha, tak de pon orang datang semalam. Makan je lah berdua dengan Haziq. Jom kongsi sikit resepi

Ini bahan-bahan yang diperlukan..

leatk aiskrim kat dalam roti tu..pastu lapik kan dua macam nie hah..masuk asikrim tu jangan bebanyak tau nanti telebih pulak. tak boleh nak tutup. pastu tekap pakai cawan.

ta daa... jadi bulat-bulat macam ni dan sila abaikan yang macam karipap tu. itu saje je nak test. ini nama nye bila dah terlebih rajin. lepas tu masuk dalam peti ais. Bekukan satu malam. Bila dah beku, goreng lah ye.goreng kejap je dalam dua minit macam tu pastu terus angkat.

tu dia bulat-bulat auwmm.. sedap nye. ok masa nak makan tu jangan tunggu lama-lama nanti cair plak. dah nama pon aiskrim kan. Masa goreng tu siap takut lagi dia pecah dalam kuali. hahaaa..adoiyai. okey selamat mencuba ye. Pasti menyetap rasa uuu.





Jumaat, 8 Jun 2012

Sambal Jawa Laksamana

Nak kongsi resepi sambal Jawa turun temurun. Temurun ker?Pernah tak makan sambal masak macam nih.  Kalau ikutkan sambal jawa, ada lagi tambahan bahan-bahan. tak salah ada letak kentang sikit, lada kering semua tapi yang nie simple je.  Sebab tuh bagi nama lain sikit tambah Laksamana kat belakang sebab masak kat dapur Taman Laksamana (rumah ai lah tuh) heheheee.. Lauk saya masak petang semalam. Punyalah cun nak...
Asalnya saya belajar masak sambal nie dari mak mentua saya.  Dia bagi temurun punya resepi. Mana dia belajar tak tau lah hehee tapi sebab sedap, belajar lah kan...Jadi ini lah resepinye.


bahan-bahan.
5 bungkus tempe (dipotong)
segenggam ikan bilis
2 Biji bawang Besar( dihiris halus)
4 biji lada besar hijau(dihiris halus)
setengah cawan santan

Mula-mula goreng tempe dan  ikan bilis sampai garing. Semua secara berasingan lah. jangan masuk semua sekali nanti hangus pulak ikan bilis tuh nak tunggu tempe garing. Lepas tu masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi dalam kuali bersama-sama bawang dan lada besar. Tunggu bawang kekuningan dan akhir sekali masuk santan. Jangan lupa garam secukup rasa. okeh, faham?..Senang je kan. Sekejap je dah jadi satu lauk untuk malam nih. Selamat mencuba. 


Isnin, 24 Januari 2011

HIDANGAN SI CILIK

Banyak betul menu masak yang saya nak tunjukkan nih. Macam pandai sangantlah bab mencipta resipi nih ye. Hari nih saya telah mendapat buku yang ditempah daripada Book Cafe Tq kerana menghantar pesanan dengan tepat dan memuaskan. Buku nih hasil karangan mama Fiza yang mencipta resepi untuk anak-anaknya dan telah berkongsi dengan menerbitkan buku ini. sedikit info mama Fiza nih yang telah menarik perhatian saya..
Nama sebenar Hafiza Abdul RAhman. Seorang pengamal 'Homeschooler'. Beliaua dan suami memberi pendedahan mengenai kaedah home ' scooling' dan penyediaan makanan sihat kepada anak-anak.

Ok saya tertarik dengan buku nih sebab banyak masakan yang boleh saya cipta untuk Haziq. Maklumlah, dia tuh memang susah makan sikit. Harapannya, dapatlah menggalakkan dia makan dengan makanan yang berkhasiat daripada buku nih. Resipi dalam ni ada 45 resipi merangkumi sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, pencuci mulut dan snek.  Tunggulah bila saya ada buat resipi dalam nih boleh saya kongsikan dengan korang ye.

Dari pemerhatian seimbas saya, kebanyak kan resipi menggunakan minyak zaiton,  bawang hooland dan beras organik. semua bahan nih memang bagus untuk kesihatan. Iyolah...nantikanlah ye percubaan demi percubaan saya untuk menjadikan Haziq Gedebob huhu.. Dan diharapkan ibu nih semakin rajin makan memasak.




Khamis, 19 Ogos 2010

KARIPAP ROTI SARDIN

Bulan-bulan puasa nie, pagi-pagi tak de keje lain asyik nak cerita pasal makan. Dengan hujan lebat pagi-pagi nie..membuai perasaan.huish, mengarut lah. Ok seperti yang dijanjikan, semalam kekonon nak cuba resepi baru kan.. resepi yang dicilok daripada harian Metro semalam. Disebabkan kacang goreng maka jadilah karipap roti sardin saya semalam. Hu, suka betul dak Haziq makan. Memang kecur...adui, pagi-pagi dah mula nak pikir-pikir makan. Nasi sahur pagi tadi pun tak keluar lagi hehee..ah ko memang macam tu shikin..makan je lah tak siap-siap..
Jom mari sini akak nak ajar buat karipap spesel nie..mesti korang terpukau dengan hasil kreativiti yang dicilok oleh saya ni. Mula-mula buka kitab dulu, baca bismillahirramannirrahim..ape gelak-gelak betul ape kan kenalah baca bismillah dulu ..ade ke orang gelak? bahan-bahan yang digunakan senang je. Beli roti, sardin, limau dan bawang. senang je kan. Ok korang potong-potong dulu bawang..kemudian campurkan dengan sardin. Sardin tu ambik isinya sahaja. air tolak tepi.

ye..akan jadi menarik seperti ini.poyo nyer...sebelum terlupa perahkan minyak panas, alamak gile kentang ape..sorry..letakkan perahan limau.
Ini dia limau yang telah dihiris. ok, perah kan aje..senang kan.rajin sungguh ambik gambar sambil masak kan..macam majalah masakan lah pula.boleh gitu?

Lepas tu gelekkan roti jadi kemek sampai macam nie. Ala, lagi senang je..bukan susah pun. Bagi yang tak de penggelek, pakai je cawan ke ape janji kemek roti tu...

Buangkan bahagian tepi roti

sebelum tu, buat pes tepung ok.ini untuk diletakkan di tepi roti supaya tidak terbuka ketika goreng nanti. pusing,pusing,pusing..

Buat macam nie ye...dengar nie cikgu ajar, jangan main2 ha..

selepas gulungan siap, gunakan garpu untuk menutup tepi kiri dan kanan roti. Paham tak ? ke cikgu cakap macam pening..

Setelah dengan gigihnya mengulung dan menggoreng sampai basah ketiak, inilah hasilnya. sedap.. puji sendiri je lah heheee.
Rajin kan sya sekaang nie auwww... dan semalam inilah juadah istimewa yang saya masak disamping lauk-lauk ini

ayam masak kari dan

sambal jawa. Ada ke yang nak resipi nie hehee
 Korang rasa pecaya tak saya buat semua nie..pecaya kan. Penat tu memasak. Nasib baik pejabat denga rumah tak jauh. so, bolehlah balik dengan kadar segera. Cuma hari nie tak tau nak masak ape...