Khamis, 19 Ogos 2010

KARIPAP ROTI SARDIN

Bulan-bulan puasa nie, pagi-pagi tak de keje lain asyik nak cerita pasal makan. Dengan hujan lebat pagi-pagi nie..membuai perasaan.huish, mengarut lah. Ok seperti yang dijanjikan, semalam kekonon nak cuba resepi baru kan.. resepi yang dicilok daripada harian Metro semalam. Disebabkan kacang goreng maka jadilah karipap roti sardin saya semalam. Hu, suka betul dak Haziq makan. Memang kecur...adui, pagi-pagi dah mula nak pikir-pikir makan. Nasi sahur pagi tadi pun tak keluar lagi hehee..ah ko memang macam tu shikin..makan je lah tak siap-siap..
Jom mari sini akak nak ajar buat karipap spesel nie..mesti korang terpukau dengan hasil kreativiti yang dicilok oleh saya ni. Mula-mula buka kitab dulu, baca bismillahirramannirrahim..ape gelak-gelak betul ape kan kenalah baca bismillah dulu ..ade ke orang gelak? bahan-bahan yang digunakan senang je. Beli roti, sardin, limau dan bawang. senang je kan. Ok korang potong-potong dulu bawang..kemudian campurkan dengan sardin. Sardin tu ambik isinya sahaja. air tolak tepi.

ye..akan jadi menarik seperti ini.poyo nyer...sebelum terlupa perahkan minyak panas, alamak gile kentang ape..sorry..letakkan perahan limau.
Ini dia limau yang telah dihiris. ok, perah kan aje..senang kan.rajin sungguh ambik gambar sambil masak kan..macam majalah masakan lah pula.boleh gitu?

Lepas tu gelekkan roti jadi kemek sampai macam nie. Ala, lagi senang je..bukan susah pun. Bagi yang tak de penggelek, pakai je cawan ke ape janji kemek roti tu...

Buangkan bahagian tepi roti

sebelum tu, buat pes tepung ok.ini untuk diletakkan di tepi roti supaya tidak terbuka ketika goreng nanti. pusing,pusing,pusing..

Buat macam nie ye...dengar nie cikgu ajar, jangan main2 ha..

selepas gulungan siap, gunakan garpu untuk menutup tepi kiri dan kanan roti. Paham tak ? ke cikgu cakap macam pening..

Setelah dengan gigihnya mengulung dan menggoreng sampai basah ketiak, inilah hasilnya. sedap.. puji sendiri je lah heheee.
Rajin kan sya sekaang nie auwww... dan semalam inilah juadah istimewa yang saya masak disamping lauk-lauk ini

ayam masak kari dan

sambal jawa. Ada ke yang nak resipi nie hehee
 Korang rasa pecaya tak saya buat semua nie..pecaya kan. Penat tu memasak. Nasib baik pejabat denga rumah tak jauh. so, bolehlah balik dengan kadar segera. Cuma hari nie tak tau nak masak ape...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan