Rabu, 18 Ogos 2010

LAYANKAN

Masih lagi nak bercerita tentang makan dan masak, erm...cuma kisah masak makanan Haziq time bulan puasa. Hari tu kekonon nak ajar dia puasa separuh hari tapi so far tak menjadi lagi. Ada ke puasa dia cakap tak boleh makan tapi boleh minum poyo je Haziq nie. Apa-apa pun malas nak paksa sangat. Layan je dulu cewah psiko nampak ibu nie ye..
Time puasa nie, ada lagi satu tugasan yang bertambah iaitu kena masak makanan untuk Haziq bawa bekal ke  sekolah. Yelah, mana tahan mamat tu, dia sorang je tak bawa bekal, orang lain bawa mestilah dia tak puas hati kan.. so, masaklah ala kadar sikit bila lepas sahur tu. cempak-cempak je heehehe macam terror je.Kantin sekolah tak buka jadi terpaksalah ibu-ibu nie buat breakfast untuk anak-nak ye. Hari nie dan semalam hanya bekalkan Nugget je untuk Haziq. Ini memang tahap malas sangat. Tapi tak pelah makan aje ye Haziq jangan banyak cakap. Kalau dah malas gile tu, bawa aje roti ke sekolah tapi biasalah dak Haziq nie bukan nak sangat makan roti-roti nie tu yang boring. Kalau boleh hari-hari nak makan mee goreng.. boley gitu?? hari-hari mak ko ni nak kentang-kentong kat dapur pagi-pagi buta. Mak saya pun ada cakap, budak-budak memang suka makan mee. Dan kerana nak suruh dia makan, layan jugalah tapi bukan hari-hari. Lebih tu.  Catatan kali nie tak disertakan gambar sebab tak tau lah kenapa tak boleh nak masuk kat entry nie. error je pic tu bila nak download...ke aku yang tak tau nak masuk kan sebab format baru. petang nie nak try satu resipi baru..roti karipap sardin. dapat resipi kat harian metro tadi. Nanti tengok ye jadi ke tak resipi ni. hehee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan