Isnin, 31 Januari 2011

HUJAN DAN BANJIR

Ketika saya sedang menulis nih, hujan sudah berhenti. Sejak lima hari bertrut-turut hujan turun tanpa henti membuatkan siang saya seperti malam yang dingin..berselubung dengan selimut siang dan malam. Bila lapar makan...benar-benar membuatkan hujung minggu saya pada kali ini membosankan sebab tak bleh keluar rumah cuma yang boleh adalah membesarkan badan. Paling haru bila baju semua tak kering sebab tak de cahaya matahari yang keluar.
Bile dah lima hari hujan, air pun sudah mula melimpahkan ruah nye..betul ke ayat nih ? Dah lah senang cerita dah banjir. Bandar Muar masih lagi Brenafas...Alhamdulillah cuma kampung-kampung sekitar Pagoh dah banjir. Kat bandar kelahiran saya, Segamat, bandar dah habis. Mengikut berita bapa mentua saya, air semua dah melimpah atas jambatan. Daerah Ledang pula, banyak kampung-kampung dah tenggelam. Banjir nih sama seperti banjir besar 2006. Dan bila sudah banjir, saya dah mula risau-risau sebab bakal dipanggil bertugas dibilik gerakan. alamak...ayah Haziq pula dari malam tadi dah start jaga bilik gerakan dan pusat pemindahan banjir.
Apepun diharap musibah kali ini cepatlah berlalu. Gambar tak de. Nanti kalau ada gambar yang cun-cun saya tayang kat sini okey.  Sekian saja laporan banjir saya ( dah macam wartawan pula).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan