Jumaat, 4 Februari 2011

SAYA TAK CUTI

Cuti tahun baru yang lama dan panjang nih tak dapatlah saya bergerak ke mane-mane. Sebab?? sebab saya kena bertugas dibilik gerakan banjir. Banjir teruk kat Muar nih, membuatkan saya dan suami bertugas dihari raya tahun baru cina. Erm, nak buat macam mana kan...redha. Mula-mula tuh memang malas betul tambahan pula pusat gerakan banjir kali nih jauh dari rumah saya. Kira-kira 60km dari bandar Muar.( Pekan Pagoh.)Malas wey..tapi ape pun dah tugas, kena jugalah korbankan cuti yang lama.
Banjir kat Muar nih semakin teruk. Walaupn tak hujan tapi air semakin banyak mungkin sebab air dari Segamat turun kesini membuatkan banyak jalan terputus hubungan. Dan paling haru, jalan ke bilik gerakan banjir kat Pagoh ni dinaiki air. Jadi terpaksalah saya meredah banjir tapi bukan berjalan kaki lah tapi menggunakan Hilux hehee....bukan bot okey...masih tahap boleh redah pakai kenderaan tinggi.



Gambar kat atas ni adalah gambar ehsan daripada suami saya yang mengambil gambar kat lokasi banjir.

Bila saya dan suami tak dapat cuti nih, bermakna Haziq terpaksalah dok rumah pengash dia. Kesian mamat tuh. Hari tuh dah lah dia merungut cakap dok kat rmah tak de kawan..kahsian. Nampak nye terpaksalah saya dan suami memikirkan semula permintaan dia untuk belajar main piano. Dulu dia pernah minta nak belajar piano selepas tengok sepupu dia Adam terror main piano tapi si ibu yang kejam nih buat bodoh je hihiii tapi sekarang terpaksalah saya memikirkan semula permintaan sikecik tuh. Bila dah selalu dia merungut boringlah...tak de kawan lah...asyk tengok muka ayah dengan ibu je lah dan ble,bla,bla...saya terasa macam lama sangat nak beranak..tetiba hilang rasa takut nak beranak..heheee..lama pula nak tunggu due bulan tujuh nih...harap-harap kelahiran baby yang ditunggu ini akan memberi seribu kebahagian kepada keluarga saya nih terutama buat abang dia yang tersayang nih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan