Isnin, 14 Februari 2011

SUSHI GENG

Alkisah...cerita bermula,
Haziq: Ayah Haziq nak makan sushi lah. sushi tu sedap tau...ada nugget, ayam
Ayah : (Sengeh dan muka blur)
Ibu : Sape cakap sushi sedap? Haziq pernah ke makan sushi
Haziq : Hakim cakap sedap. Dia cakap semalam dia gi makan sushi.
Ibu : O..o..Hakim lah yang cerita ea...tak sedap lah sushi tu. Haziq tak suka punya.
Haziq : Tak..., sedap. Bolehlah nak makan sushi

Setelah beberapa hari, dia menuntut lagi. Okeh, nak sangat kan sini ko makan...

Ibu dan ayah ko nih, jadi tukang tengok je lah sebab dua-dua ketul nih tekak kampung okey... Tak boleh nak layan makanan lain dari yang lain nih...
Dengan teruja nye nak memilih sushi..tunggu,tunggu keretapi nak jalan dulu.

pilih,pilih lagi...silakan, silakan...

ini antara sushi yang terpilih. ape name ntah, aku pun tak tau...

                        Mula-mula makan memang macam teruja sangat dak Haziq nih .Korang tengoklah tuh...ayah ko kat sebelah tu tengok je sambil dalam hati berkata-kata, "amboi, makan dah macam makan nasi. Boleh pula nak telan mamat nih."heheheee

tengoklah, siap nak pakai chopstick lagi..macam hebat.

" ibu, masa makan tak boleh ambik gambarlah.nanti tercekik."...

Ini air untuk ayah dan ibu. Benda ni je yang boley kitaorang telan.

Mula-mula makan memanglah sedap aje tengok dia telan tapi bila dah masuk dua jerk, dia dah mula buat muka toya...jangan muntah sudah. Akhirnya, nugget meninggalkan sushi ada paham ?Dah agak dah. Haziq nih memang selera kampung. Makanan pelik-pelik nih memang lah dia tak berapa nak makan sebab tu awal-awal lagi saya tak berapa nak layan permintaan dia tapi sebab nak bagi dia rasa, layan jugalah. Lepas makan, saya tanya sedap tak..dia cakap, sedap tapi melekit-lekit. Bila saya tanya lagi nak makan tak...dia cakap tak nak. Ape cer???ha...tau lah tu memang tak sedap.

* Hakim adalah kawan sekolah Haziq






Tiada ulasan:

Catat Ulasan