Isnin, 17 Januari 2011

Sape yang Rajin

Bila anak dah sekolah, mak kenalah rajin kan.. rajin gosokkan baju sekolah, rajin basuhkan kast sekolah dan kenalah rajin balut buku sekolah sekali. Ye, saya memang rajin tapi jarang-jarang dapat rajin. Tahun nih, banyak juga buku sekolah Haziq. Rajin ibu nih menyampul. Nasiblah sekarang ada ready made sampul buku Tak payah mengukur, melipat dan menggunting plastik panjang lebar untuk balut buku macam dulu kala.

Buku sekolah Haziq yang kena katam tahun nih..

Tahun nih harap-harap Haziq lebih rajin dan fokus. Tahun ni pun Haziq masih di Sekolah yang lama (Tadika Agama Johor), tahn depan sekolah lain.  kalau dulu, tak nak pegi sekolah boleh dilayan lagi tapi now...ko kena juga pegi sekolah walau ko malas. Dua tahun lagi masuk darjah satu, so tak boley malas-malas.Setakat nih, Haziq belum ada ponteng lagi Malah tahun nih, siap tak nak cuti bila hari minggu waaaa....bagus kamu sekarang Haziq. Ibu dia pula yang malas nak melayan bila tetiba pagi-pagi ahad cakap nak pegi sekolah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan