Memaparkan catatan dengan label RUANG KELUARGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RUANG KELUARGA. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mac 2014

Wedding Uda

majlis ni hari sabtu lepas.  Majlis perkahwinan adik saya. Dalam family dia anak no 3. So,tinggal sorang je lagi anak mak yang belum kahwin. Lepas tu tak yah pening-pening pikir pasal majlis. Majlis kahwin ni memang banyak ke pikir tau..mak dan ayah saya dua bulan sebelum majlis dah buat itu ini. Yelah tinggal berdua. Nak harapkan anak memang payah lah terutama nya saya hihii. tapi mujur juga orang-orang kat Palong tu menolong. Sangat-sangat berterima kasih.




 Ini si kecik Hafikh. Budak ni baru dapat kaki. Masa time nikah kat masjid nie, bukan main lagi dia . Luas sangat agaknya masjid. Saya dah lama tak update pasal dia kan. Beday parthy dia dan Haziq haritu pon tak updatE lagi.. tak keruan....


Gambar dalam nie semua tak edit ye. tengok kakak kepoh sebelah tu konon2 nak selfie tapi dah macam ape dah muka. tak cun..eh, eh bio pengantin saje yang cun. mok cik dok dapor je.

Free style



Malam berinai.  Ai dulu tak buat pon malam berinai. Uda ni buat jugaklah sebab nak melayankan mak yang nak buat. berinai lah sangat tangan tu..

 Hantaran lelaki

hantaran perempuan. Ko kiralah sendiri berapa dulang ye.

 ini bff haziq. Cucu makcik sebelah rumah.  perempuan yang tak berapa nak gegirl tu Aqila. Sepupu bebudak ni.

auwm....

ini gambar curi okeh..harap tuan tanah izin kan hahahaa...tak nak cakap curi lah, gambar ehsan dari mimsxeera. ni semua my cousin dan ade sorg mak sedara terselit...





Tu je kot gambar yang sempat saya ambil. ada anak kecik ni payah sikit kan. Huru Hara...nanti saya buat part 2 pulak...hahaa..macam sempat InsyAllah.

Selasa, 2 Julai 2013

Majlis My sista


rembau most wanted yo...haa..w.a.r.i.s lah pulak. tetibo nak nyanyi lagu minang pulak. Asalnye nak cerita pasal rombongan meminang tapi tetiba keluar pulak lagu ala-ala minang mix salleh nih.. macam mane?boleh? 9/6/13 yang lepas telah berlangsungnye majlis pertunangan adik saya. Pergh, giler skema ayat saya. okey tak macam tu?? wah banyak betul soklan hari ye. Mak Uda the Haziq's nie bertunang dengan orang senegeri jugok lerr..dapat orang JB.  Nama bakal pak cik baru Haziq nie Hanafi tapi nama glamour hafiz..Macam pelik je sebab ape tau hari tu masa saya bersalin kat JB, Haziq kan tido rumah mak uda dia ni. Pastu mak uda dia ni bawa dia gie makan jumpa lah dengan abang Hafiz. Dia cerita dengan saya sebut nama hafiz tapi alik2 bila nak tunang hari tu dia suruh wani(adik bongsu) tempah kek letak name haanafi. aik, pelik benor. Kawin dengan orang lain ke pe tapi bila tanya balik confirm orang sama, nama lain. Wah kaya nama nampak hahaaa. Okeh lah nak cerita banyak tapi kesuntukkan masa...uweks, macam sibuk sangat lah ye.
Gambar banyak sangat tapi yang frust tu saya dah siap save dalam pendrive tapi boleh pulak ahkak lupa letak kat mana USB tu. adoiyai..untuk kali ini mungkin ade beberapa keping je yang mampu saya tayang.yang lain tunggu lah...ade masa ke???
masa nie Hafikh tengah sibuk nak susu. so, masa nie saya tak de lah.nie semua adik-adik dan my parents. 


ini gambar denga tuan tanah punya gambar merangkap cameragirl. Nasib gak dia ade bawa kamera masa nie..harapkan kitaorang tak sempatlah.dan nasiblah tak kena bayar. Many thank you xerra yerk . Ini sepupu saya dan merangkap sepupu dia nih. dua orang nie memang best friends sejak dari kecik lagi. Pernah time raya dulu, diaorag bedua nie pakat nyorok sebab malas nak basuh pinggan mangkuk yang banyak kat rumah atok.. hahaa  tak pe itu zaman kanak-kanak..sekarang dah remaja akhir zaman. Rajin sudah semua erm..baik okeh ayat ahkak bagi.

Ini puleks gambar si montel Hafikh dan Irsyad.  Umur sebaya cuma Irsyad tua sebulan dari Hafikh. Comel kan dua-dua botak.. Irsyad adalah anak buah tuan gambar tadi dan merangkap anak akak dia. dan akak dia tu yang tengah pegang baby tu juga merangkap sepupu saya. ai is ramai sepupu okeh.  Ni baru sedikit anatara yang rapat dan teman gaduh masa kecik.  jarang saya bercerita pasal sepupu sepapat kat sini. Bukan ape, lepas kawen nie banyak majlis family saya tak join. sombong kan saya??/ahaks..sebenarnye banyak moment zaman kanak-kanak, remaja bersama sedara mara nie yang saya rindui..kami rapat cuma waktu yang merubah segalanya..hai salah kan waktu leh pulek..

Ini antara hantaran yang sempat dan yang ade teringgal dalam my handphone.

Hantaran dari kami ops pihak perempuan.

Okeh nie nak bagi tau..saya yang buat k. Tak pernah buat hantaran dan ini percubaab pertama untuk sirih junjung..kelas ko mariaaa!!!


Dan bergambar bersama killa. Ini anak angah (adik saya). dah besar budak nie tau. loya buruk pon kuat.  Garang pon sangat-sangat. Dah lama tak jumpa orang Perak nih. Balik-balik dah pandai buat gangnam style. gwiyomi dia tak suka. Dia Nie tak gegiril sangat. selalu gaduh dengan Haziq. apapon Raya nie jumpa lagi InsyaAllah. 






Isnin, 16 April 2012

Bersantai

Memula nak cerita sikit pasal malam tadi pegi tengok wayang.  Tetiba teruja plak nak cerita.  Sebab cerita penuh suspen Batttleship. Best gile. Pegik tengok okey.  Tak kan menyesal. Okeh, sabtu , ahad saya tak kemana pon. ada di sekitar Segamat je. Petang jumaat, Family saya datang.  Kali nih Adik saya yang dok jauh di Perak balik, so suka sikitlah Haziq.  Sebab ada sepupu dia kan...Dah lama tak jumpa, dah besar si Aqila ni.  Dah pandai jalan dan dan pandai pukul-pukul orang ( huwaaa sakit).  Malam tuh pulak, pegi jejalan kat pasar karat segamat.. saje nak buat jakon-jakon tengok ular, arnab dan beberapa binatang yang jarang-jarang nak pegang nih..Yang paling kepoh Haziq lah.  sibuk tunjuk ular, kepoh-kepoh suruh atok dia pegang tapi dia penakot..bila aqila pegang ular, dia dah jerit-jerit takut tapi dia tak pegang pon..kecoh je lebey.
Esoknye, pegi jalan-jalan kat KipMart segamat pula.  adik saya nie sibuk nak beli baranglah bagai.  Okey, tak pe kita jejalan jom...jom..jom..

Tengok mak ko, mentang-mentang anak rambut tak banyak, senag je sikat pakai tangan tapi memang pon payah sebab tengok si Qilla nie dah tak sesabau benar nak gie jalan..
Tengok pakai kasut pon dah nak marah-marah sebab lambat.
Pose dengan abang Haziq yang hover.

Nie pose menarik dengan ahkak pulak hhee..tapi Aqilla dah tak nampak muka pulak

Baiklah ambik dari sudut tepi pulak..nampaknye Haziq yang lebih-lebih tayang gigi.. Aqilla pulak sibuk pandang orang nyanyi atas pentas pulak..dan saya pulak dah kenapa? mata juling..
okeh macam ibu-ibu mitsali jaga anak baik-baik. sambil tengok-tengok jangan sampai jatuh.
Beriya-iya dak Haziq nie..siap senyum senget bagai.
Gambar dengan mak saya pula..
Haziq dan Mak Uda. Ceh,ceh buat muka dah bosan. taknak pandang kamera konon.
Ini pula gambar kat rumah. semalam petang sebelum semua orang balik.
Baru nampak muka Haziq.
Masa nih semua orang dah ngantok..semua dah pejam-pejam mata..Haziq pon dah malas..ha sesi bergambar habis dengan linangan air mata Haziq sebab nak ikut orang balik.  Sian. Dah keseorangan semula dia. 














Khamis, 19 Mei 2011

Adik Kepada Haziq...Aqilah.

Semalam cuti pegi mane? dok rumah je? atau berjalan-jalan makan angin atau tengok wayang ...cewah, mentang-mentang lah bar layan tengok wayang nak poyo plak. Boley ke??? semalam cuti saya cuma pulang ke Kampung macam jauh jerk..apelagi kalau dah pulang memlang kepulang semua nih, tengok rumah yang sedang dalam pecah memecah.  Okey tak nak cerita dul pasal rumah saya tuh...hari nih nak cerita pasal cuti hujung minggu yang lalu. Walau pun dah lepas tapi nak juga, nak juga cerita pasal adik baru Haziq.  Bukan saya dah beranak tapi pasal adik sepupu Haziq. Adik jugak kan???
Adik saya dah habis berpantang. Jadinya dia pun pulanglah ke desa nan Permai.  Rumah yang dirindui.  Yang telah lama dia tak tido...ha, biasalah dah dok jauh di utara.  Ambiklah tak boley balik selalu.  So, sebab cuti bersalin tiga bulan nih,  dia pun apelagi baliklah ke kampung untuk memperkenalkan insan baru dalam family saya nih.
Yang paling suka adalah Haziq.  Yelah budak nih memang dah lama nak adik.  Bukan main mengadap lagi dia.  Siap nak mandikan lagi baby tuh...

Alamak nagis plak si Aqilah nie...takot. Si Aqilah ni kalau pegang dia tak nak macam baring.  Dia nak pegang muka pandang depan baru tak nangis

Dah ready sikit baru boleh senyum

Barulah steady tapi Haziq mula-mula pegang baby, siap tahan napas takot baby terlepas dia cakap...yeke?

Aqilah ni dah dua bulan umur dia.  Kejap jerk kan..tapi bagi yang mengadap tuh terasa lama. Macam lambatnye anak aku nih nak beso itu ayat-ayat saya dululah.  Biasalah mak pemalas macam saya nih ingat nak tido jerk hehee ape nak jadi.

Rabu, 29 September 2010

DURIAN RAYA

Dua hari lepas ada sesi menjamu selera di kawasan dusun...dusun tu tak lah macam hutan tapi dalam rumah je sebenarnya.hehee...selalu dok cerita makan kuih raya tapi kali ni nak cerita makan durian raya. Ye durian raya kerana durian tu masak dalam bulan raya. Terima kasih kepada pihak penaja iaitu abang Ezam (jiran sebelah rumah) yang sudi barang sebiji durian yang besar kepada keluarga saya ni. Abang Ezam nie memang selalu lah bagi buah-buahan tempatan kat saya. Dia ada dusun mungkin. Tahun depan bagilah lagi. Lebih nampak hehee.

Sesi buka buah durian telah dimulakan oleh sape lagi...ayah Haziq lah. Si hantu durian nya adalah Haziq. Wah bukan main lagi. tak pernah jemu dengan pak raja durian nie.




Muka teruja tunggu durian di buka..tak sabar nye nak baham hehehe

Dengan tekun Pak cik ni buka durian. terror nampak tak pakai kain bagai...nie awal2 je lama2 bila durian tu keras tak boleh buka, ambik juga kain . mana tahan beb kena duri-duri tu auw.






Inilah isi durian. walaupun kurang cantik tapi best rasanya. manis macam madu...bukan,bukan, macam durian lah. bukan madu okey..



sedap sungguh rasa buah ni...nak cuba?? ambik lah sedap.jangan segan-segan..rasalah..boleh pula gitu hehe





Isnin, 23 Ogos 2010

Macam-macam kisah

Hujung minggu yang lalu, selain dari beli baju raya Haziq, aktiviti lain adalah balik kampung saya di Gemas.huhu suka sungguh dak Haziq nie.sibuk cerita nak petik rambutanlah. nanti kena gigit kerengga lah. macam-macam lah mamat nie. Beli baju pun sekarang sudah lebey dari ibu. Ye, dah besau rupanye dah Haziq ni. Dah ada citarasa sendiri, dah ada impian sendiri..alamak dah tua kah aku. tapi bagus juga, ada pendapat dan pandangan tapi malas nak layan bila time ngada-ngada datang..semua tak nak. Beli baju nie pun sebenarnya tak dirancang. Petang jumaat lepas habis keje tu, si saudara Bakhtiar ajak berbuka di Melaka. Last minute baru ajak..nasib tak masak lagi.tau, sebenarnye nak ambik hati sebab dah dua hari tak buka dengan kitaorang bukan,dengan saya sebab Haziq tak puasa..bukan sebab merajuk tapi sebab en abang sorang nie berbuka dan terawih dimasjid tempat dia berkerja.. so, nak ambik hati punya pasal hari jumaat bawalah kitaorang jejalan  di Melaka. Tu yang lepas makan gie shopping jap. Tak lama pun bukan nye ada gaji lagi kan hehee..
Ok cerita balik kampung pula, nak tau, disebabkan terlalu bestnye dok kat kampung tu, boleh pula si Haziq ni tak nak balik..eh, budak nie ada ke cegitu..ko tu dah lah sekolah kan,kan,kan tapi disebabkan ayah dia dah bagi line, apa saje kata-kata saya dah tak laku,dah tak pakai..geram sungguh tengok kan si arjuna ku yang sporting tak kena tempat nie. boley tak ayat macam tu...geram juga tapi, suka hati lah Haziq..ko memang suka nak bagi ayah dan ibu honeymoon ye...honeymoon makan asam..ada ke pula gitu hehee.
apa-apa pun dua hari saje diberi. Lusa maybe atok anto smpi pejabat ayah. minggu nie kena sekolah juga sebab lagi 2 minggu dah cuti. Dan saya balik dengan duka lara bersama suami...huhu..
dan inilah makanan yang dicuri disedekahkan oleh mak saya. thank u mother

rambutan yang menjadi kegilaan Haziq

kerepek pisang ini pun menjadi kegilaan Haziq dan saya. Ini kuih raya yang dah siap awal..alamat nya belum raya, kuih dah habis...

dan sempat lagi minta buat muka toya jeruk kedondong nie..pergh, nie yang best..jangan sakit perut sudah le.






Jumaat, 20 Ogos 2010

MAKAN,MAKAN DAN LAGI MAKAN

Masiih lagi nak bercerita bab makan tapi bukan makan lepas puasa tapi nie kisah makan kenduri sebelum puasa hari tu. Kira confirm dah jadi darah daging hehee..Lama dah cerita nie tapi disebabkan tak de idea dan kekurangan mood untuk bercerita kat sini, terperap ajelah dalam otak huhuhu.. hari nie  tengah rajin sikit bukan selalu akak rajin ye.. so, dengarlah cerita ku ini.
bermulalah kisah...(versi syair ) tak jadi-tak jadi...cerita balik bab kenduri kahwin nie, majlis nie adalah majlis sepupu suami saya. Pegi pun sebab menggantikan mentua saya yang tidak dapat menghadirkan diri. so, pegilah bersama dengan keluarga kakak ipar saya. Kira jejalan yang terakhirlah sebelum kakak ipar saya nie balik ke Columbia hari tu. Gambar-gambar pun banyak diambil dari kamera kakak ipar saya ni. Thank u lah kak long sebab sudi mengemail  gambar-gambar yang cantik-cantik nie. jom follow



Persandingan antara mohd khidir dan Faezah

upacara memotong kek. Majlis bermula sekitar 8.30 malam di Dewan Sime Darby.

sedapnya adam makan. makanlah ye..kat Colombia tak de sup tu. Suruh mummy masak baru dapat.

Artis undangan yang hadir. siti Nurhaliza. Menyampaikan tiga buah lagu. Tapi tak ingat tajuk  adus..rasanya ada satu lagu yang dia nyanyi masa dia kahwin dulu.

Budak-budak nie bergambar dengan Mr President Metrofulus..Korang rasa cerita ape tu..

Ibu, ayah Haziq..lebar seh gambar nie hahaaa...coverline untuk diri sendiri

Dan rasanya dalam kamera nie, saya semakin lebar...haaa selamatkanlah. harap-harap lepas puasa dah menipis betul ke ayat tu???Ini gambar bersama pengantin.

Undangan perkahwinan... besar gile kad nie ko..

Inilah antara barangan cenderamata yang kita orang dapat.

cermin dan sikat..ye, boleh bawa kemana2.
Ok lepas tengok gambar nie, korang rasa sepupu suami saya yang lelaki ke perempuan ? ape malas nak jawab..meh sinilah saya jawab kan..yang lelaki tu lah sepupu suami saya. Ok habis..nak gie masak gheee rajin nye aku..jom kedapur.