Rabu, 29 September 2010

DURIAN RAYA

Dua hari lepas ada sesi menjamu selera di kawasan dusun...dusun tu tak lah macam hutan tapi dalam rumah je sebenarnya.hehee...selalu dok cerita makan kuih raya tapi kali ni nak cerita makan durian raya. Ye durian raya kerana durian tu masak dalam bulan raya. Terima kasih kepada pihak penaja iaitu abang Ezam (jiran sebelah rumah) yang sudi barang sebiji durian yang besar kepada keluarga saya ni. Abang Ezam nie memang selalu lah bagi buah-buahan tempatan kat saya. Dia ada dusun mungkin. Tahun depan bagilah lagi. Lebih nampak hehee.

Sesi buka buah durian telah dimulakan oleh sape lagi...ayah Haziq lah. Si hantu durian nya adalah Haziq. Wah bukan main lagi. tak pernah jemu dengan pak raja durian nie.




Muka teruja tunggu durian di buka..tak sabar nye nak baham hehehe

Dengan tekun Pak cik ni buka durian. terror nampak tak pakai kain bagai...nie awal2 je lama2 bila durian tu keras tak boleh buka, ambik juga kain . mana tahan beb kena duri-duri tu auw.






Inilah isi durian. walaupun kurang cantik tapi best rasanya. manis macam madu...bukan,bukan, macam durian lah. bukan madu okey..



sedap sungguh rasa buah ni...nak cuba?? ambik lah sedap.jangan segan-segan..rasalah..boleh pula gitu hehe





Tiada ulasan:

Catat Ulasan