Rabu, 1 September 2010

SIBUK... RAYA

Sibuk ke? sibuk betul nak raya ni kan. Semua nak. itu nak ini nak yang lain semua nak..ade ke yang tak nak ? sebelum akak membebel, nak ucapkanlah selamat menyambut hari kemerdekaan  semalam. Hargailah kemerdekaan yang telah kita capai nie. Ini tempat lahir kita.disini kita dibesarkan..disini kita menjadi seperti apa yang kita jadi sekarang. Lewat dah kan nak berucap panjang.. dah nak masuk 2hb pun. Nak buat macam mane...sibuk heheee.tak sempat nak update blog. mana nak jahit baju, nak jahit langsir, nak jahit kusyen, nak jahit tilam alamak!ada ke? heheee..semua nak, nak,dan nak..tengok ayat, rajin gile ye saya sekarang maklumlah anak dah berderet-deret ni..eceh..tak de lah wei, mengarut je lah tu. Tak sempat nak buat semua tu lah.Lagipun tak pandai pun nak menjahit bagai nie. tau nak pakai je. Kalau lah tau menjahit nie semua, jimat duit uncle Bakhtiar..lak, tak memasal kaitkan laki aku.
Cerita tentang sibuk nie, bukan saya aje yang sibuk, orang lain pun semua sibuk. ada yang nak siapkan tempahan, nak siapkan rumah dan macam-macam lagilah.. Kat Muar nie pun sibuk. semua orang nak membeli belah. Sana jem, sini jem..depan tu pula mentega???mungkin sebab saya nie berjiwa kampung sebab tu lah jem sikit je macam nak pecah kepala dibuatnya.tension bagai.. Rasa macam nak angkat je kereta terus letak parking depan rumah..boley gitu??/boley sangat..nah, boleh blah ;-)
Disebabkan semua sale, semua nak beli. Hari ni plak, sape yang keje gomen tu dah boleh shopping. Bonus dah dapat. Saya tak termasuk ok..sebab saya dibawah state..Johor tak bayar bonus aku lagi. Tensi mak... tapi tak pe, lambat sikit duit habis. Untung-untung lepas raya, saya masih kaya lagi.hehee.. tapi yang tak tahan bulan-bulan nak raya nie, insuran kereta plak mati..perg, rasa macam nak jual je kereta nie balik...padan muka kan..dua tahun lepas nak sangat pakai kereta baru time raya, siap marah-marah orang kedai kereta tu sebab dapat lambat...sekarang nah, ambik ko nak, time raya insurans kereta mati..
Cuba tengok gambar yang tak beapa nak clear ni, ni adalah salah satu aktiviti baru kat Muar nie. Ini pun sure lah membuatka jalan jem tapi tak pe sebab malam aje yang jem...

korang rasa nie tempat ape? saya pun tak tau nak panggil ape. ada orang cakap sisi walk..ade pula walk-walk dan lagi pula ada yang panggil, pasar malam..semua tu lebih kuranglah. ala-ala uptown lah kat sini..jejalan malam-malam. start 5ptg smpai 1.00 pagi..sorrylah ye gambar sekeping je. Suami saya tak bagi ambil lelebih. Dia pula yang segan tengok saya macam orang gile gambar. Ingat wartawan ke?hehe

jalan-jalan,akhirnya suami saya ajak masuk kedai nie...apemendalah, orang nak raya boleh pula nak beli jeans.. tak larat nak tengok.

tengok si Haziq nie main cak-cak pula dengan abang gambar tu.

 ambik jelah gambar kasut-kasut nie. saje nak bagi cuci mata..sebab dah tak de gambar. si baju merah tu tak tau diam.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan