Selasa, 7 September 2010

BELUM MASANYA

Dua hari lepas, sedang Haziq main mainan dia kat depan Tv, tetiba keluar ayat nie,
Haziq : Ayah, bila nak ada adik nie..lama dah nie?
Ayah  : Tanya ibu..(boleh plak ayah dia jawab macam tu )

Haziq pun terus lari masuk bilik sebab saya masa tu ada dalam bilik

Haziq: Ibu, ibu, bila kita nak dapat adik nie. Atikah dah ada adik.
Ibu    : sape adik atikah?
Haziq: Aliyah lah adik dia. Dia adik badik jahat dengan Haziq.
Ibu   : Erm, kita doa ea..Haziq kenalah rajin doa Nanti Allah bagi lah.
Haziq: Ala, cikgu cakap kan..kita semua sayang Allah
Ibu   : betullah tu.....

Semoga cepatlah Allah memakbulkan doa saya, Haziq dan keluarga kami. Selepas kehilangan Siti aishah, memang saya akui terlalu risau memikirkan  semua pertanyaan setiap orang yang bertanya. Diam tak diam hampir sembilan bulan Siti Aishah pergi. Jika dia ada, semestinya sudah pandai merangkak dia sekarang. Mungkin. Saya hanya mampu berserah dan berharap diizinkan Allah untuk menerima zuriat lagi. Amin.

* Atikah dan aliyah adalah kawan Haziq di rumah pengasuh.





1 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/9/10 9:58 PG

    kin...kita ade tgk "tnyalah ustaz (tv3)" mengenai ibu yg keguguran anak @ kematian anak kecik nih...besar ganjaran nye kin. terus kita tingat awk. redhai ia dan bersabo dgn ujian allah, sbb hubungan kalian berdua x akan putus dan dia akan membantu di akhirat kelak. insya allah...rezeki tu akan datang jua...

    BalasPadam