Memaparkan catatan dengan label MONOLOG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MONOLOG. Papar semua catatan

Isnin, 13 Jun 2011

Buat Yang Teristimewa

Bukan mudah untuk diungkap dengan kata-kata
Dari lenggok kata dan gaya
Terkadang tak tersampai apa yang diminda
namun dikesempatan yang masih ada ini
ingin sekali aku akui dan menghargai
betapa aku sungguh berterima kasih
diatas segala bantuan,sokongan dan layanan
yang terbaik bagi diri ini.
Terima Kasih kerana memberi sokongan disaat getir seperti ini,
sentiasa menjadi teman, kawan dan kekasih,
memahami diri ini walau terkadang tercuit sedikit dengan kata-kata yang disalah tafsir
Semoga Kasih kita akan terus bersemi
Selamat Hari Bapa Buat Suami Tersayang Ahmad Bakhtiar.











Buat ayah ,
Segala jasa, Pengorbanan dan jerih perih membesarkan saya dan adik-adik akan dikenang selagi nyawa dikandung badan. Sesungguhnya segala pengorbanan tidak mampu dibalas dengan berjuta wang sekalipun.
Kami semua sayang ayah.
Semoga ayah akan sentiasa dilindungi Allah dan diberi kesihatan yang baik. Amin.







Rabu, 2 Mac 2011

InsyaAllah....ada jalannya

Bila saya buat catatan beberapa hari lepas, ada juga kawan-kawan yang bertanya. Tq pada semua yang prihatin. Saya tau saya masih ada lagi kawan yang sayang dekat saya. Saya okey. Cuma saya sedang cuba untuk menerima hakikat. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk dan uji pada saya sekeluarga.  Dalam usia 29 tahun memang saya benar-benar terdesak untuk memiliki anak lagi.  Saya akui, saya risau sekiranya tidak dapat memiliki zuriat lagi.  Saya bertuah kerana suami memahami cuma saya amat-amat risau tentang Haziq. Takut dia tak boleh nak terima semua nih.. saya takut dia cakap saya penipu sebab dah banyak kali saya cerita tentang adik pada dia. Dia begitu mengharap dan saya takut dia semakin jauh dari saya kerana lebih suka menghabiskan masa di rumah pengasuh. Dia kata boring kat rumah tak de kawan.  Saya juga akan sedih bila dia selalu pegang2 perut saya dan bercakap-cakap dengan baby.  Apepun hidup mesti diteruskan.  Saya tak nak terlalu bersedih. Nanti semua keje tak jadi kan? Saya harap akan ada sesuatu keajaiban akan berlaku. InsyaAllah.  thank you untuk semua sokongan.  Saya akan terus berusaha dan berdiri dengan kekuatan kerana saya tak nak hanyut dari terus mengingati Allah.  Hanya Allah yang tahu segalanya.  Ya, Allah tetapkanlah iman ku.  Amin.



Isnin, 28 Februari 2011

BERATNYA BAHU YANG MEMIKUL

Ya, Allah jangan kau cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku,
Ya, Allah jika kau terus mencuba aku percaya kau sayang padaku....

Antara bait-bait lagu kumpulan Wali nih macam sama je dengan ape yang bakal saya lalui lagi selepas ini. Saya sedih. Saya kecewa tapi sebagai hambanya saya redha dengan ketentuan ini. saya pasrah. Saya telah membuat scan kat private hospital dan kegembiraan itu yang saya harapkan dan setelah bercerita dan berangan bersama Haziq semalam tidak akan menjadi kenyataan. Baby ini, tidak sihat,. seperti sebelum ini, dia mengalami masalah yang sama. Buah pinggang bengkak dan lebih sedih, jantung dia pun bengkak. jadi air ketuban sangat kurang. Ape lagi harapan saya?? saya hanya berserah dan diketika ini saya sangat-sangat sedih. Tabahlah hati menempuh dugaan ini. Ya, Allah tenangkanlah hati ini.







Selasa, 7 September 2010

BELUM MASANYA

Dua hari lepas, sedang Haziq main mainan dia kat depan Tv, tetiba keluar ayat nie,
Haziq : Ayah, bila nak ada adik nie..lama dah nie?
Ayah  : Tanya ibu..(boleh plak ayah dia jawab macam tu )

Haziq pun terus lari masuk bilik sebab saya masa tu ada dalam bilik

Haziq: Ibu, ibu, bila kita nak dapat adik nie. Atikah dah ada adik.
Ibu    : sape adik atikah?
Haziq: Aliyah lah adik dia. Dia adik badik jahat dengan Haziq.
Ibu   : Erm, kita doa ea..Haziq kenalah rajin doa Nanti Allah bagi lah.
Haziq: Ala, cikgu cakap kan..kita semua sayang Allah
Ibu   : betullah tu.....

Semoga cepatlah Allah memakbulkan doa saya, Haziq dan keluarga kami. Selepas kehilangan Siti aishah, memang saya akui terlalu risau memikirkan  semua pertanyaan setiap orang yang bertanya. Diam tak diam hampir sembilan bulan Siti Aishah pergi. Jika dia ada, semestinya sudah pandai merangkak dia sekarang. Mungkin. Saya hanya mampu berserah dan berharap diizinkan Allah untuk menerima zuriat lagi. Amin.

* Atikah dan aliyah adalah kawan Haziq di rumah pengasuh.