Memaparkan catatan dengan label CATATAN KEHAMILAN 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CATATAN KEHAMILAN 2011. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2011

Sesuatu Yang Terjadi Itu ada Hikmahnya

Saya masih lagi disini. Menulis lagi dan akan terus menulis walaupun terkadang tak selalu mengarang.  Untuk kesekian kalinya....setelah berbulan-bulan lamanya, saya cuba melupakan segala keperitan, kepayahan dan kedukaan lara hati ini dari paparan umum....namun hari ini ingin saya kongsikan sesuatu yang memeritkan untuk diterima walau sesiapa sahaja.  Saya telah selamat melahirkan anak ketiga, perempuan pada 6hb 6 hari tuh..Awal sebulan dari due date.  Namun, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, anak itu yang sekian lama saya tunggu sebagai pengganti kakak dia yang terdahulu telah menemui pencipta nya,  dia juga pergi meninggalkan kami sekeluarga setelah 45 minit menghirup udara Illahi ini.  Apakan daya,  "tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan-Nya".  Hanya iringan doa tulus ingatan ibu buat anakanda tercinta mengiringi mu ke Syurga tempat persemadian abadi.  Semoga dapatlah kita bertemu disana InsyAllah.  Doa saya semoga saya semakin tabah dan kuat menghadapi segala dugaan ini.  Walaupun berat,  saya harus  menghadapinya.  Semoga keimanan semakin kuat dalam diri ini.  Mungkin ada hikmah disebalik segalanya. InsyaAllah.


Rabu, 2 Mac 2011

InsyaAllah....ada jalannya

Bila saya buat catatan beberapa hari lepas, ada juga kawan-kawan yang bertanya. Tq pada semua yang prihatin. Saya tau saya masih ada lagi kawan yang sayang dekat saya. Saya okey. Cuma saya sedang cuba untuk menerima hakikat. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk dan uji pada saya sekeluarga.  Dalam usia 29 tahun memang saya benar-benar terdesak untuk memiliki anak lagi.  Saya akui, saya risau sekiranya tidak dapat memiliki zuriat lagi.  Saya bertuah kerana suami memahami cuma saya amat-amat risau tentang Haziq. Takut dia tak boleh nak terima semua nih.. saya takut dia cakap saya penipu sebab dah banyak kali saya cerita tentang adik pada dia. Dia begitu mengharap dan saya takut dia semakin jauh dari saya kerana lebih suka menghabiskan masa di rumah pengasuh. Dia kata boring kat rumah tak de kawan.  Saya juga akan sedih bila dia selalu pegang2 perut saya dan bercakap-cakap dengan baby.  Apepun hidup mesti diteruskan.  Saya tak nak terlalu bersedih. Nanti semua keje tak jadi kan? Saya harap akan ada sesuatu keajaiban akan berlaku. InsyaAllah.  thank you untuk semua sokongan.  Saya akan terus berusaha dan berdiri dengan kekuatan kerana saya tak nak hanyut dari terus mengingati Allah.  Hanya Allah yang tahu segalanya.  Ya, Allah tetapkanlah iman ku.  Amin.



Jumaat, 18 Februari 2011

20 Minggu

Diam tak diam sudah 20 minggu saya menjadi mak buyong. Walaupun perut tak berapa nak besar dan tak berapa nampak pun lagi tapi saya memang dah tak sabar-sabar lagi nak menjadi ibu buat kali kedua dan menerima kehadiran orang baru lagi. Tahun nih kedua ibu bapa saya bakal mendapat 2 orang cucu. suka lah mak saya tuh... Adik saya pun sedang mengandung dan sedang menunggu kelahiran anak pertama hujung bulan ini. InsyaAllah tapi adik saya pun dok jauh nun di utara. Mungkin habis pantang baru balik rumah mak. Apepun diharapkan tahun nie bertambah meriahlah keluarga kami.
Untuk minggu ke dua puluh nih, saya masih lagi melalui rutin rawatan di klinik kerajaan seperti biasa.


 Cuma minggu ke 22 nanti saya akan mendapatkan rawatan di klinik pakar perbidanan persendirian. Untuk kehamilan kali ini, saya pergi dua tempat rawatan pemeriksaan kehamilan. Bukan ape kan...sebagai persediaan dan rujukan. Harap-harap semuanya normal dan dipermudahkan.
Sedikit info yang saya dapat dari laman web Hospital Kulim.  Ini adalah sebagai persediaan apabila saya mendapatkan rawatan nanti dan memudahkan saya untuk bertanya sebarang persoalan.

  • Untuk 22minggu, rawatan bagi imbasan kesihatan bayi akan membabitkan imbasan kesluruhan badan termasuk kepala, otak, muka, tulang belakang, jantung , dada, abdomen, buah pinggang, tangan dan kaki.
  • Ketika ini juga kecacatan muka seperti sumbing, spina bifida( masalah tulang belakang) dan lubang pada jantung dapat dikesan.
  • Doktor mengukur perkembangan bayi dan kedudukan plasenta.
  • Imbasan mengambil masa 20 hingga 30 minit.