Isnin, 6 September 2010

MALAM TUJUH LIKUR

Malam minggu yang lalu, sabtu malam ahad bukan malam jumaat tau...kalau kecil-kecil dulu, khamis malam jumaat orang cakap ada hantu sampai takut nak gie ngaji hehee..mengarut. berbalik pada sabtu lepas, kat rumah saya nie, iaitu jalan Daud telah diadakan pemasangan pelita sempena malam tujuh likur...wah, semakin dekat kita nak sambut raya kan..amacam? baju liplap-liplap dah siap lom..langsir ropol-ropol dah beli tak, kasut vogue, tudung semua dah tersedia lom dan yang paling penting duit raya dah tukar tak..haaa, malas pikir...
majlis pemasangan pelita tadi telah dirasmikan oleh Sultan Johor iaitu sultan Ibrahim. Meriahlah malam tu. meriah dengan lampu pelita. Ye, dulu kecik-kecik selalu pasang pelita kat rumah time malam tujuh likur bila satu lampu mati, pegi pasang semula lampu tu. siang-siang pegi pacak kacyu. dulu tak de jual kat kedai pelita saip kayu bagai nie. semua hand made...

sempat juga dak Haziq nie main bunga api. bunga api je tau..mercun tak boleh.

memang banyak pelita dipasang malam tu..kat padang Jalan Daud tapi disebabkan kamera saya nie tak canggih jadi gambar pun kurang cantik. tapi masih lagi boleh digunakan.


pelita yang dibentuk seprti kapal..kreatif juga

gambar terang gelap Haziq dan ayah depan kapal. oklah janji nampak muka.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan