Isnin, 8 Mac 2010

JIKA KAU UBAH FIKIRAN

Dua tiga hari nie emosi sering terganggu. Tengok baby orang teringat baby sendiri. Kenapalah dengan aku ni yek...Instigfar banyak2. Ape kena mengena tajuk kat atas tu dengan ape yang aku nak mengarut nie..Jika kau ubah fikiran adalah tajuk lagu Mila AF. Mesti perasan kan. Kalau mengikut bait-bait lagu tu memang tak terkena langsung dengan aku. Nie lagu budak2 lah. Tapi lagu nie adalah salah satu daripada kenangan aku semasa melahirkan Aishah. Masa menahan sakit untuk bersalin tu, lagu nie kerap keluar kat radio yang dipasang oleh nurse kat situ. Bila dalam pantang, jika lagu nie keluar, automatik perasaan tu hadir. Sedih.Walhal bukan ada apa pun yang berkait dalam bait lagu tu untuk aku kenangkan tapi melodi tu bagai dah sebati dengan kenangan yang ada bersama Aishah. Cuma sekarang rasa sedih tu telah berkurang tak sehebat semasa didalam pantang dulu. Biarlah lagu ni menjadi melodi kenangan yang aku sendiri akan rasa sampai bila-bila..Sekurang2nya apabila dengar lagu nie akan mengingatkan aku pada kehadiran seketika mujahid kecil ini walaupun tidak pernah bersua di dunia.

2 ulasan:

  1. moga cepat dapat pengganti Aisyah =)..

    Time kasih yek sebab sudi kongsi ilmu ngan yana..dah berjaya buat..Yeahoooo!!! sonoknya...tertunai sudah hasrat hati nak 3 column jugak..hikhik..

    BalasPadam