Sepetang Di Putrajaya
Disebabkan dah lama tak berjalan, jadi cuti sekolah nie planning nak bawa Haziq jalan-jalan. Pada mulanya berjanji dengan Haziq nak bawa dia naik LRT, maklumlah kat Muar nie mana ada LRT mahupun keretapi. Walaupun sikit masa dulu pernah bawa dia naik keretapi dari Gemas ke Segamat, tapi biasalah kan budak-budak bila teringat, nak naik lagilah dia. Jadi disebabkan hujung minggu lps suami aku nie ada urusan di Puchong, aku pun mengambil kesempatan ( cucuk mencucuk suami aku) untuk membawa Haziq naik LRT. Yahoo...sukanya anak aku sampaikan kat rumah mak diapun (pengasuh anak aku ) sibuk tanya jadi tak naik LRT. Ish, malunya aku.
Namun, agak mengecewakan, apabila suami aku yang telah kepenatan dan malas nak drive masuk KL telah bertukar fikiran untuk membawa Haziq mandi kolam je. Jadi atas pertolongan kawan dia yang bekerja di Shangri la Hotel Putrajaya, dia pun booking bilik dan untuk membuatkan anak aku tu terleka dan lupa tentang LRT, kitaorang singgah di Melaka semata-mata untuk belikan Haziq mainan...hai, politik-politik...
11/2 - 7.00 pm. Bertolak dari Muar
-10.30 pm Makan dan berjumpa dengan kawan suami (dean & Zura) suami isteri di Sg. Ramal.
- 11.30 pm Check-in di Palm Garden Hotel Kajang.
12/2- 10.00am Breakfast/ Check-out
- 10.30am Bertolak ke Puchong
( Lama gila tunggu suami settlekan urusan dia. Sampai tertido anak aku )
- 2.00 pm Bertolak dari Puchong ke Putrajaya
- 2.30 pm Check-in ke Shangri la Hotel Putrajaya.
( Wah, bestnye duduk kat sini. Rasa mcm tak nak balik)
3.15 mkn tengahari. terlewat sudah. Nasib kawan suami Dean ada.
Aksi-aksi tengah tunggu makan tengahari. Lapor dek..
- 4.30 teman Haziq mandi...Wah sukanya dia...
-5.30 pm masuk bilik dan tido
13/10 - 12.00pm Check-Out hotel dan bertolak ke Melaka
( Terima Kasih kepada 'Atok' dan isteri kerana membantu dan melayan kami sebaik mungkin )
-5.00 pm Sampai Rumah ( Muar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan