Seorang teman mengadu tentang teman sepejabatnya yang suka mengadu dumba, membawa mulut dan kecoh dan bertempat. Hari ni, dia bengang dengan teman tu sebab dah lah menumpang kereta dia tapi teman tu pula yang lebih-lebih (kes terlebih sudahlah ni). uh..memang begitulah ragam orang. dimana-mana pun sama sahaja. Nasiblah urusan kerja sabar je lah. Yang penting pandai membawa dan kelakuan diri kerana dimana kita berada tak semua orang senang dan suka kita. Kalau difikir-fikir sangat pun tak jadi keje, tension dan semua bersarang dalam kepala. Kepada teman saya tu, banyak-banyaklah bersabar. Jangan dilayan sangat kelak rosak masa depan...Apa-apa pun hidup mesti diteruskan. Selesaikan semua kerja tu ok. Harap-harap semua dipermudahkah Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan