Masuk hari nie, sudah dua hari Haziq tidak ke Sekolah. Risau tentang keselamatannya kerana kes pelajar tadika diserang di Jalan Abdul Rahman, Muar saya dan suami membuat keputusan untuk tidak menghantarnya ke sekolah buat sementara waktu nie. Minggu depan pun cuti sekolah telah bermula, jadi tidaklah risau sangat ketinggalan pelajaran.
Kejadian kanak-kanak sekolah tadika diserang lelaki tidak dikenali itu benar-benar merisaukan saya. Walaupun sekolah anak saya tidak terlibat, tapi disebabkan tempat kejadian berada disekitar tempat tinggal kami iaitu Muar, ia benar-benar membuatkan saya tersentak. Sedih, kasihan, risau semuanya bercampur dalam kepala nie. Rasanya tiada lagi tempat yang selamat untuk anak kita. Walaupun kawasan sekolah bertutup dan berpagar tapi ia bukan jaminan untuk keselamatan anak. Berkali-kali saya berpesan pada anak supaya tidak menghampiri orang yang tidak dikenali dan sentiasa berada dekat dengan guru tapi apalah yang tahu oleh kanak-kanak seusia Haziq (4tahun). Cuma saya berharap dia akan dilindungi oleh-Nya. Dan semoga pesalah tersebut akan cepat tertangkap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan