Minat atau ikutan?
Melihat hobi suami yang aku rasa gila, macam rasa tak berbaloi dan merugikan je. Erm, tapi dah hobi dan minatkan, nak buat macam mana. Memang dari sebelum kahwin pun dia dah minat sangat2 kat kereta. Macam-macam yang dia bikin. Lantaklah duit dia. Tapi jumaat yang lepas memang aku terkejut. Dii hantar motor LC dia kat bengkel semata-mata nak buat 'disk break ' belakang. Logik nya, biasalah kan bagi mat-mat motor @ mat rempit tapi suami aku yang kusangkakan minat kereta je dah berminat balik dengan minat masa dia belajar dulu iaitu bikin motor. haaa pening-pening...
Untuk kereta sahaja dah macam-macam dia ubahsuai. Dari enjin sampailah yang dalam-dalam kereta tu dah bertukar( akupun tak kenal nama-nama spare part tu ). Baru-baru nie, pergi tukar rim kereta sampai kat Puchong, KL sebab nak cari rim Jepun katanya. Mahal tak ingat. Anak aku pun sekarang dah pandai bab-bab kereta nie. Beli kereta control pun, nak yang drift lah tak nak yang biasa ( mintalah dgn ayah ko, dengan ibu sorry ).
Cerita tentang kereta nie, secara tak langsung kereta aku pun dah bertukar wajah sebab suami aku bagi idea merepek untuk tukr itu-ini. Tapi sebab kereta aku, sikit-sikit dia buatkanlah kalau banyak nanti aku tak berani nak bawa. Untuk rim sahaja, sudah RM dua ribu lebih haaa....takotnye. Kalau aku beli peti ais baru pun tak pe duit tu hehee...tapi dah minatkan layan je lah. Inilah minat yang gila. Tak tidor malam beb!
Yang bagusnya dia nie berjimat gak.malah lagi jimat dari aku yang boros ni. Nak beli barang tu tak terus beli, dia tengok-tengok dulu harga. Lepas tu bila duit dah ngam2 dalam tempayan dah penuh baru beli ( wah! jgnlah tanya kat mana aku simpan tempayan, confirm tak ada). Lepas dah beli tu, puas hatilah dia. Tak sebut-sebut lagi dan paling dia bangga bila orang puji atau cakap macam nie " wah! lawa rim, beli kat mane " atau "rim baru ke oi?" dan dia akan menjawab " tengok kakilah beb" . Tak tahan aku dengar. Belagak gila mamat nie. Itu belum dia buka bonet depan lagi. Akan terpancarlah riak muka bangga. Apa-apapun bahagialah dengan minat tu. Asal tak mengabaikan tanggungjawab sudahlah. Suami aku nie pun buka cerewet sangat. So, sebagai isteri aku kenalah memberi sokongan walau apapun minat dan kesukaannya tapi berpada jugalah kan. Aku pun ada hobi gila gak, cuma tak lah segila dia. Saling memahami kunci kebahagiaan ( keluar dah ayat poyo aku ). Kebahagiaan menjamin masyarakat penyayang. InsyaAllah...Amacam? ada berani..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan