Semalam, teman lama saya telah bertandang ke Muar kerana mengikut suami bertugas di sini. Namanya Salina. Dia teman sekampung dan satu tempat belajar saya dulu. Masih seperti dulu, peramah dan terlalu banyak cerita sampai tak berhenti mulut dia bercerita. Sekarang anak dah anak dua tapi masih macam dulu tak banyak berubah. Anak yang sulung sebaya dengan Haziq, 4 tahun dan yang kedua 3 tahun .Sekejap je masa berlalu. Saya panggil dia kak Ena sebab dia tua tiga tahun dari saya. Suami dia Hasrul teman sepejabat saya semasa bekerja di Segamat dulu. Dah jadi jurutera JPS Penang sekarang.
Macam-macam cerita yang keluar. maklumlah dah lama tak jumpa. Dia tidor semalam je di Muar. Haziq pun sukalah dapat kawan baru.. Apa-apa pun harap happy selalu dengan kehidupan sekarang dan semoga bertemu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan