Isnin, 22 Mac 2010

GOSSIP!! OH, FACEBOOK



Dah lama tak jumpa member saya Kak lin tapi hari khamis lepas, kitaorg keluar lunch sama.Erm, banyak cerita yang keluar. Yang tak sepatutnya keluar pun keluar. Ditemani Noreen, teman sepejabat, makin menjadi-jadi bergosip. Ish..ish...tak patut-tak patut. Dah namanya perempuan, biasalah kan gosip tak ingat. Bertempat JOM CAFE kitaorang menghabiskan 'lunch hour' dengan makan dan bergossip. Menu tengahari nyum..nyum..

Nasi ayam jom cafe

Nasi lemak yang Noreen makan (sedap sambal dia)



Merahnye sirap nie

Gossip Kali nie kisah 'teman' seangkatan (jaga mulut ko..hehe.) yang komen gila-gila pasal suami dia dalam Facebook. Macam-macam pendapat yang keluar.  Memang tak patut tau. Maruah suami tu kenalah jaga. Walaupun suami tu buta I.T ke, janganlah tulis hal dalam rumahtangga dalam FB tu.  Malu tu. Kitakan orang Melayu. Ada adab sopan. Lagi pun dalam Islam sendiri tak benarkan umatnya bercerita tentang keburukan suami mahupun isteri. Semua orang akan tahu keburukan suami kalau dah tulis dalam Facebook tu. Macam mana kalau cikgu anak kat sekolah (walaupun anak belum sekolah), kawan-kawan mahupun sedara mara suami yang baca, siapa yang malu?( mereka dan keluarga mereka). Kesian kat anak tu kalau kawan-kawan tau kisah rumahtangga ibubapa mereka. Ish, tak patut tau. Kalau ye pun tertekan, menekan, tekanan atau tersakit jiwa, janganlah tulis dalam laman sosial macam tu. Itu bukan medan yang baik untuk luah perasaan atau pendapat yang berkaitan peribadi. Cubalah luah pada teman-teman yang boleh dipercayai.( jangan pula luah pada batu api, pening pula nanti ).



Pada 'teman' seangkatan tu, berpada-padalah untuk tulis dalam Facebook tu. Ye,lah, kita manusia memang tak lepas dari kesilapan. Tapi kesilapan tu boleh dielak kalau kita berfikir dulu sebelum bertindak. Tak guna tulis bermacam-macam nanti yang kena ketawakan diri sendiri juga. Bagi saya, Medan terbaik untuk selesaikan masalah rumahtangga nie,kita berbincang atau rujuklah pada keluarga kalau perkara yang menjadi isu tu terlalu rumit untuk diselesaikan. Bukan semua orang dalam facebook tu berniat baik untuk mendoakan terbaik untuk kita. Sama-samalh muhasabah diri untuk mencari dimana kesilapan diri. Jangan hanya mencari kesalahan orang tanpa kita sedari, diri sendiri yang mempunyai banyak kelemahan dan ketidaksempurnaan. Tiada manusia dalam dunia nie sempurna terimalah seadanya suami atau isteri kita.

Dan pada akhir pertemuan bersama kak lin dan Noreen petang tu, kami bersama berjalan beriringan menuju ke kereta dengan mengucapkan bye, bye, bye (intonasi dalam versi Sinchan ).hehe... Sama-salmalah kita bermuhasabah diri.

Inilah Noreen dan Kak Lin yang tengah 'control cun' (cun Ke?..hehehee)

1 ulasan: