Pelik je dengar tajuk buku nie tapi itulah buku yang telah dibelikan oleh suami tersayang (cewah) kepada saya. Buku hasil tulisan Rashidah Rafie nie dibeli sempena pameran buku antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur. (Rajin sungguh suamiku nie pegi pameran buku yek).Ye, sememangnya dia memang rajin pergi pameran tak kiralah pameran apa, memang rajin tapi biasanya pameran yang berdekatan dengan kediaman kami je cuma kali nie, terjauh sikit sebab semalam( hari jumaat) dia ada meeting di Putrajaya kebetulan bos dia pun ajak dia ke pameran tersebut, dia pun buka langkah seribu ( wah! baik punya cilok ye ). Untuk Haziq pula, dia belikan beg Upin&Ipin ( original tau..kalau tak ori pun bukan aku tau ye tak..). Sukalah Haziq, dapat beg Upin&Ipin yang botak sama macam dia tu hehee...
Beg sekolah baru Haziq
Bercerita lanjut tentang buku Buat Duit Dengan Tadika ni, sebenarnya beberapa hari yang lepas suami kesayangan saya nie ada bertanya tentang projek masa depan ( erm, macam banyak je projek aku nie ). Dia suruh saya buat bisnes kecil-kecilan sebab saya terlepas cakap 'bilalah nak jadi orang kaya, boleh ambil2 je semua barang yang aku nak '...bunyi macam tak bersyukur je tapi sebenarnya ayat gurau semata-mata. Saja nak pancing suami saya tu manalah tau dia offer beli barangan kulit yang pada masa tu berada di depan mata tapi dia pula mencadangkan saya berniaga supaya boleh jadi kaya. (Ish, takut tamak aje aku nie). Maka saya pun bercerita dengan dia, saya suka tentang kanak-kanak. Idea untuk membuka Tadika nie pula tercetus baru-baru ini, bila susah sangat nak cari Tadika yang sesuai untuk anak saya dan memenuhi kehendak-kehendak saya sendiri. Walaupun saya nie bukanlah suka sangat melayan budak-budak tapi saya suka ambil tahu perihal ilmu kanak-kanak kerana ia mampu memberi panduan untuk saya mendidik anak-anak dan ini juga menjadi salah satu sebab tercetusnya idea untuk membuka Tadika, tapi taklah sampai menjadi cita-cita. setakat berangan tu bolehlah tapi bila saya dah bercerita dengan suami dan dia pula yang dah beriya-iya memberi dorongan dan galakkan maka, saya akan cuba berfikir semasak-masaknya untuk meneruskan atau berangan-angan aje tentang Tadika nie.
bagus kalau ade rancangan mcm tu...org kata "dimana ada kemahuan disitu ada jalan"....tapi jgn hangat2 taik ayam sudah.. :)
BalasPadambelum ape2 dah kena perli hheee
BalasPadam