Memaparkan catatan dengan label Info segar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info segar. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Mac 2010

KEBAIKAN CINCAU

Tengok dari rupa mcm tak best je tapi inilah salah satu minuman yang menyihatkan badan.Rendah kalori dan tinggi serat adah ciri-ciri yang dimiliki oleh cincau.  Cincau juga mampu meredakan panas didalam tubuh, demam, kembung perut sembelit dan cirit birit.


Penyakit tifus, usus dan radang perut juga dapat dirawat menerusi pengambilan cincau. Selain itu, cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser..So, rajin2 lah minum cincau ye.

GULA-GULA GETAH tingkatkan Ingatan


Dipercayai kemampuan mengingat terutama ketika mengingat kata-kata dapat ditingkatkan sehingga 35peratus. Ini kerana perbuatan mengunyah akan meningkatkan degup jantung yang menyebabkan lebih banyak oksigen dan nutrisi dipam keotak. Proses ini secara tidak langsung dapat meransang bahagian otak yang berkaitan dengan daya ingatan manusia.