Isnin, 14 Mac 2011

TIPS ANAK MENDENGAR KATA

Cuti sekolah dah bermula.  Minggu nie kira ada free sikit sebab boley keluar rumah lambat sikit.  Kalau tak pepagi dah nak kena hantar Haziq ke sekolah.  Kalau ayah dia hantar pon, masih lagi kena bangun awal sebab nak siapkan Haziq.  Bukan tak suka nak buat semua tuh tapi,  biasalah sesekali bila lambat pegi keje,  banyak sikit benda yang boley buat. Antaranya pakai bulu mata palsu...boley??? Biar betul pegi pejabat pakai bulu mata palsu bagai.  Nak kena jeling dengan orang pejabat ke? heheheee...rasanya tak mungkin kot saya buat macam tuh cuma bila tak hantar Haziq ke sekolah nie, saya cuma boley berdandan lebih sikit..sikit je. lelebih kang tak keje pulak.. baik gie kenduri.  Yang buat relaks sikit,  Haziq tinggal kampong minggu nih. Berdendanglah mak kau.  Saya tak suruh dia tinggal okey tapi dia yang nak. Mula-mula tak nak tapi bila tengok ada geng sebelah rumah mak saya tuh, terus dia cakap nak tinggal dan yang paling best ayat dia " padan muka ibu, dok sesorang kat rumah".  sabor aje lah.  ape pon, Keje sekolah dia saya angkut sekali bawa balik kampung.  Biar dia buat sikit-sikit.  Kalau tak main aje kan...

Okeylah membebel panjang sangat saya just nak cerita, baru-baru nih saya ada membeli e-book formula anak mendengar kata.  Hasil tulisan Ustaz Mohd Kamal Mohd Said dan Ahmad Fairoz Daud.   Best juga e-book nih. Banyak info dan doa-doa berguna yang boleh diamalkan.  Cuma rajin dengan tak rajin jerk.  Ada beberapa tips yang best.  Kat sini saya nak kongsi sikit ape yang saya dapat dari baca ebook ni...



  • Setiap hari amalkan membaca selawat dan mencium ubun-ubun kepala anak supaya menjadi anak yang baik.  Bagi saya, amalan nih memang bagus dan saya telah mencubanya terutama ketika anak sudah tidur.  senang sikit , kalau tidak si Haziq nih mesti tanya apesal ibu tiup-tiup kepala dia.
  • Yang nih, saya dah lama amalkan..Bacaan "Ya Lotiff" sewaktu anak tidur. dan hembuskan dari hujung rambut ke hujung kaki. Ini adalah untuk melembutkan hati anak.
  •  Mengamalkan ayat Toha 1-5. Lepas tuh tiup pada air minuman anak. Bagus juga diamalkan. Bagi ibubapa tuh, rajin-rajin amalkan. saya pun sedang-sedang mencuba.
  • Sekiranya tetiba teringat anak, terus doa kan anak. Mungkin pada ketika itu anak sedang memerlukan doa kita.
  •  Berdoa dan bercakap benda yang baik masak tengah masa supaya makanan tu akan melembutkan hati anak. Jangan merungut-rungut okeh masa masak.
  •  Galakkan anak makan masakan yang kita masak kerana sikap dan kebersihan tukang masak kat kedai tuh boleh mempengaruhi sikap anak..alamak! tak boley makan kat kedai selalu ley...
  •  Buatlah sembahyang hajat setengah jam sebelum subuh. Setelah selesai solat letak tangan di atas jantung serta baca " Ya Fattah" 71 kali kemudian berdoa buka pintu hati anak kearah kebaikan. InsyAllah kalau rajin amal pasti berjaya .  Saya pun sedang berusaha mengamalkan semua tips-tips ini.

Dah lama tak dengar cerita kawan saya Kak Lin.  Baru-baru ni dengar cerita dia dah  mengandung. Tahniah ye. Tak lama lagi dah boley panggil mak Lin atau ibu lin atau mama lin atau bonda lin...heheee banyak betul nak panggil ek. ape-apepun jaga diri okeh.  Baik-baik bawa kereta balik keje tuh. Maklumlah sekarang keje dah jauh berulang.  Dan sabar menempuh jem.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan