Memaparkan catatan dengan label BERITA CERIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA CERIA. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Ogos 2011

Raya Vs Merdeka


korang nak raya kan? tak sesabau kan nak raya? saya tengok malam2 hari bila keluar bandar pun dah macam hari raya.  Ada yg beli karpet, beli langsir semua lah nak beli. Bonos pun dah dapatkan...sampaikan kereta pun tukar baru. Cayalah, raya sakan!!!!
Bila dah sibuk2 raya, dengar lagu raya, mood raya, tetiba ada lagu patriotik. lagu merdeka. Wah, baru tersedar tahun nie sambut dua perayaan kita. Jangan lupa tuh..mengenang jasa orang-orang terdahulu bersusah payah memerdekakan Malaysia.  Haaa...patriotik tak aku. Dasyat kan kita bila dah datang mood raya semua mood yang lain hilang.
Masuk Hari yang ke 26 nih, bermakna ada empat hari lagi kita berpuasa. Yang excited tentulah budak-budak kan.  Haziq pun dah tanya bila nak raya.  Kasut raya pun dah beli, baju semua dah siap jadi bangun tido pagi jerk dah sibuk tanya " hari ni raya ke?" pening mak ko nak jawab.
Tahun nih saya beraya rumah sendiri.  Pagi raya tolong-tolong mak mentua kat rumah dia jap, pastu gie ziarah pusara dua anakanda tercinta, dan rasanya tengahari sikit boleh jalan-jalan raya.  Tahun nih raya kedua baru balik rumah mak saya.  Kira best sikit tahun nih sebab dah tambah sorang lagi anak buah.  dah pandai ape Aqilah yerk.  Yang seronok Haziq lah. Kalau tak sorang je kat rumah atok, kira tahun nih ada kawanlah dia.  Tahun nie pun sepupu dia, Adam tak balik Malaysia tapi tahun depan Adam akan balik dengan adik baru.  Huhuhu..meriah agaknye. Macam nih lah orang tak ramai adik beradik. Anak pun belum diizinkan lagi untuk ada. Apapun selamat hari raya. Berhati-hati dijalan raya. Jaga perut, jaga diri dan jaga badan wahahaa...(peringatan untuk diri sendiri tuh).
terimalah kad raya yang tak seberapa huhuh...




Isnin, 27 Jun 2011

Kalau Cinta Jangan Kacau...

Ini bukan entry untuk jiwang tapi saje nak tulis tajuk kat atas tuh...cinta ada banyak maksud...sekarang kita cerita tentang cinta dengan kehidupan. Boley? ada bunga-bunga sikit...dalam hati ada taman lah katakan haha.. dua, tiga entry sebelum nih asyik cerita sedih jerk, melayan lara je.. kan so, hari nih saya nak cerita tentang sisi positif diri saya.  Ye ker? ayat macam poyo tak? poyo jugalah bikin orang menyampah.  Itulah jawapan yang paling tepat.  Okeylah kang asyik sedih jerk boring pula nak ngadap.  Rencah kehidupan mestilah ada suka dan duka...kan, kan, kan??!
Ape yang membuatkan semangat berkobar-kobar adalah...satu, rumah dah siap. Weylaawey, suka betul. Betul-betul gembira berbunga-bunga tuh.  Walaupun tak lah sempurna mane ( masih ade lagi yang tak siap bikin sebab , sebab, sebab duit dalam tempayan dah kontang) tapi saya tetap berpuas hati kerana saya sekeluarga akan berpindah. Menghirup udara segar, cewah macam selama nih ko dok dalam gua plak.  Sedih juga rasa kerna akan meninggalkan sahabat-sahabat di Pejabat lama terutama Kak Liza.  Antara teman-teman gossip dan suka duka yang selalu bersama...Norren, Rinna, Farah dan juga keluarga bahagian jalan..oh so, sad...ape pun setiap pertemuan ada perpisahan.  Kita akan ketemu bila ada kursus ke, meeting ker, seminar ker...jangan dilupa tempat duduk aku yeah...
Yang keduanya pula adalah yang terhangat lagi menyengat hik..saya akan berpindah ke pejabat baru. Lepas habis pantang, saya akan berangkut ke Daerah kelahiran saya.  Nampaknya saya akan masuk pejabat baru, suasana baru, tanggungjawab baru dan kawan-kawan baru.   Tapi ada sedikit kerisauan sebab tak tau lagi suasana tempat baru.  Best ker? suka ke, duka ke..Ah, mana-mana pun sama je situasi. kenalah pandai-pandai bawa diri...So geng,  apalagi raya rumah barulah gamaknya tahun nih...Okeh semangat, semangat,semangat. Haziq pun akan dapat kawan baru nampaknya.  Cuma uncle Bad aje yang masih ditempat lama, cuma dia perlu berulang jauh sikitlah ke tempat kerja. Tapi tak pe, kereta dia ada kepak.  Bolehlah terbang laju-laju ahaks..




Rabu, 23 Mac 2011

BUKA MATA LUAS-LUAS

Yeay,...sudah ada lagi sorang...18 mac 2011 lahirlah seorang puteri pengarang jantung adik saya.  Ini adalah anak buah pertama saya dalam family saya.  Kira sekarang Haziq dah ada sepupu baru lah.  Sebelum nih hanya Adam ( anak kakak ipar saya), sekarang sudah ada lagi sorang kawan Haziq.  Tapi kali nih girl pulak lah. Adik saya selamat melahirkan puteri sulungnya pada pagi sabtu lepas.  Lagi entry yang terlambat.hehee... Ape pun selamat menjadi ibu mithali ye Angah. Saya belum lagi berkesempatan menjengah anak buah baru nih.  Maklumlah jauh.  Adik saya  nih tak berpantang kat rumah mak cuma mak aje berpantang kat rumah dia...boley? hak!mak dengan ayah saya je ke Negeri Kedah mewakili saya dan adik-adik....wah ayat tak boleh blah..hehee.Kat sini nak tunjuk lah sikit buah tangan dari mak Long nih...


si,si,si, silalah tengok. Buka mata luas-luas....cantik tak? huh teruja betul sebab dah lama tak beli baju baby. Baby girl pula tuh...semua benda nak beli. Maklumlah baju baby girl nih berpesen-pesen.  So, sape nak baju cecantik, jadilah anak buah saya..hehee...ada pulak saya nak layan.
 Ini kotak dia okeh. Maklumlah baby girl, semua nak pink.  Sekarang sila layan....
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Inilah dia baby baru tuh. Nik Irdina Aqilah. Debob kan.  hehee... raya nanti bleh ambik gambar ramai-ramai. Kalau tak ada sorang jerk budak bawah umur...sekarang sudah ada dua budak bawah umur yang boleh dibuli terutama Haziq.
Dikesempatan ini juga, saya nak ucap tahniah buat kakak ipar saya yang dah mengandung tiga bulan. Wah! suke gile lah si Adam sebab dapat adik. Berganda-ganda anak buah saya lepas nih hehee...okehlah, pengarang jantung, pengubat lara kami sekeluarga terutama saya kot???