Isnin, 28 Februari 2011

BERATNYA BAHU YANG MEMIKUL

Ya, Allah jangan kau cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku,
Ya, Allah jika kau terus mencuba aku percaya kau sayang padaku....

Antara bait-bait lagu kumpulan Wali nih macam sama je dengan ape yang bakal saya lalui lagi selepas ini. Saya sedih. Saya kecewa tapi sebagai hambanya saya redha dengan ketentuan ini. saya pasrah. Saya telah membuat scan kat private hospital dan kegembiraan itu yang saya harapkan dan setelah bercerita dan berangan bersama Haziq semalam tidak akan menjadi kenyataan. Baby ini, tidak sihat,. seperti sebelum ini, dia mengalami masalah yang sama. Buah pinggang bengkak dan lebih sedih, jantung dia pun bengkak. jadi air ketuban sangat kurang. Ape lagi harapan saya?? saya hanya berserah dan diketika ini saya sangat-sangat sedih. Tabahlah hati menempuh dugaan ini. Ya, Allah tenangkanlah hati ini.







3 ulasan:

  1. ye ke ikien??sama kes dgn arwah dulu? ada jalan lain utk selamatkan baby x??tabah ye..ko mesti kuat.mesti ada hikmahnya semua ini.

    BalasPadam
  2. xde jalan lah Az. doktor ckp kelainan pd gen. tp tak pasti lg sbb kena tggu baby lahir dl. harapan tipis. Hanya keajaiban saja yg mampu merubah segalanya

    BalasPadam
  3. Kin..semoga kau tabah..segala yg Allah tentukan utk kita itu adalah sesuatu yg mampu kita tempuh..semoga kau kuat ye Kin..aku doakan..

    BalasPadam