Isnin, 24 Januari 2011

HIDANGAN SI CILIK

Banyak betul menu masak yang saya nak tunjukkan nih. Macam pandai sangantlah bab mencipta resipi nih ye. Hari nih saya telah mendapat buku yang ditempah daripada Book Cafe Tq kerana menghantar pesanan dengan tepat dan memuaskan. Buku nih hasil karangan mama Fiza yang mencipta resepi untuk anak-anaknya dan telah berkongsi dengan menerbitkan buku ini. sedikit info mama Fiza nih yang telah menarik perhatian saya..
Nama sebenar Hafiza Abdul RAhman. Seorang pengamal 'Homeschooler'. Beliaua dan suami memberi pendedahan mengenai kaedah home ' scooling' dan penyediaan makanan sihat kepada anak-anak.

Ok saya tertarik dengan buku nih sebab banyak masakan yang boleh saya cipta untuk Haziq. Maklumlah, dia tuh memang susah makan sikit. Harapannya, dapatlah menggalakkan dia makan dengan makanan yang berkhasiat daripada buku nih. Resipi dalam ni ada 45 resipi merangkumi sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, pencuci mulut dan snek.  Tunggulah bila saya ada buat resipi dalam nih boleh saya kongsikan dengan korang ye.

Dari pemerhatian seimbas saya, kebanyak kan resipi menggunakan minyak zaiton,  bawang hooland dan beras organik. semua bahan nih memang bagus untuk kesihatan. Iyolah...nantikanlah ye percubaan demi percubaan saya untuk menjadikan Haziq Gedebob huhu.. Dan diharapkan ibu nih semakin rajin makan memasak.




2 ulasan:

  1. salam.akak, anak saya pon mmg agak susah nak makan.. nak tanya akak,selera makan anak akak bertambah baik ke selepas mencuba hidangan dri resipi MamaFiza ni..?

    BalasPadam
  2. anak akak alhamdulillah sekarang dah semakin lebar. trylah buku tuh...tapi kena rajinlah

    BalasPadam