Khamis, 8 Julai 2010

SAMBUNG JALAN LAGI, MESIR

Dua, tiga hari tak update rasa rindu pula. Dalam sibuk-sibuk tu nak curi sikit mengarut jap.sibuk ke.Biasalah kan, mengarut bagai nie serah jerk kat saya..confirm pening. Nak cerita balik tentang jejalan kat Mesir hari tu. Tak habis lagi kan... dah bosan? ngadap je lah. Akak nak ngomel sampai tahun depan. Pergh...macam banyak je pengalaman tapi tak pe,tak pe...selagi idea mencurah-curah, tangan tak penat, mata tak ngantuk dan leher tak sengal, sama-samalah layan cerita yang tak siap-siap nie.

tempat seterusnya ialah kilang kristal. Ini adalah pemandangan dipintu masuk kilang ni. Nama kilang ni AsFour. Nama diambil sempena nama pemilik kilang tersebut. Orangnya pemurah dan Meninggalnya pun dalam keadaan yang sungguh mulia. Meningggal dalam bulan Ramadhan, pada malam LailatulQadar, Meninggal di Mekah dan di kebumikan di tempat yang mulia di sana tapi tak ingatlah nama tempat tu.

Inilah antara koleksi rantai-rantai yang ada kat sini. Memang saling terpesona. Harga pun berpatutan,cantik sangat.

Ini lampu kristal kat rumah saya. Cantik kan. Mahal tau...nanti kalau sesiapa datang kat rumah saya,pasti terpukau...hahaaa...nak poyo lagi. Bukan,bukan,bukan..ini adalah salah satu lampu yang dijual disitu. Giler ape nak beli lampu nie. Baru sampai Airport je dah pecah. Ni rumah orang-orang besar bole lah. Kita hanya semut merah heheee. Tak mampu akak.

Koleksi rantai tangan.

Ini pula pengalaman menyusur sungai Nil. Sungai terpanjang di dunia. Kat Mesir nie, mana-mana pegi, bila nampak sungai, jangan ditanya nama sungai tu. Itu adalah sungai Nil. Memang panjang. Kat tengah-tengah  sungai tu ada pulau lagi...Unik.

Ni. mak Mah dan suami serta mak mentua saya. Kitaorang naik kapal bot. ada lagu irama padang pasir lagi..lal..la..la..laa
Inilah gambar disekitar pemandangan Sungai Nil. Yang kapal tu bukan kapal tentera laut, itu adalah tempat makan ala, dalam kapal. Kira macam restoran terapunglah cuma di atas kapal dan dengan hiburan tarian irama padang pasir...suka,suka,suka. tapi saya tak masuk pun tempat tu. Gila kentang ape...Yang warna coklat tu Hillton hotel di Mesir.Habis semua bangunan berdebu. ahaks,ahaks batuk,batuk hehee...tak lah woi, memang macam tu lah warna hotel Hillton tu.kena saman pula kang...

Beginilah suasana dan pemandangan di sekitar bandar Mesir. Sibuk dan bising. Semua orang tangan gatal tekan hon. Tapi jarang ada kemalangan. tabik spring.toing,toing..

MASJID SALAHUDDIN Al-Ayubi. Ini adalah salah satu kubu dan masjid salah seorang pemerintah Mesir. Cantik sangat tempat nie. see------>


Semua nie pemandangan dari luar masjid


Ini pemandangan dari dalam...tengok cantik lampu-lampu dia.

ini mimbar di dalam masjid tersebut..nape orang tu tengok aku...

Pose kenang daku dalam doa mu kenangan..nape yang tengah tu macam kero je mata hehee

Dia buat ape tu hah? buat bodo lah tak tau ke...jangan marah adik-adik, ni lah mesin buat tarbus..tau tak ape tu. Tu lah, yang dia pakai kat kepala dia tu.macam dalam cerita P.Ramlee tu o..o..o.. baru lah tau.

Banyaknye selendang. tapi sayang seribu kali sayang, mahal-mahal barang kat sini. Curi ambik gambar je lah.
itu je yang mampu.

Dari kiri Rina, ibu dia ( tak ingat nama cikgu ni) Haji Jamal ( ketua rombongan) dan cuba teka...mother in low lah.

Ape lagi yang cantik-cantik..bunga pun cantik2 juga tapi agak-agaklah tak kan nak angkut tanam kat depan rumah.

Korang tau nie apa ? binaan yang banyak kat Mesir nie. Kat sini pun ramai orang-orang miskin duduk. Inilah kubur orang2 Mesir nie. Dalam satu tempat macam ni adalah tempat tanam untuk satu keluarga je.

Ini makam Guru Imam Shafie.

Inilah Masjid Imam Shafie. Imam ikutan kita. Kat sinilah terdapat makam Imam shafie. Tengok lambang kat atas kubah tu...ape makna? maknanya kapal dan bulan tu ialah, ilmu imam Shafie nie berkembang di seluruh dunia. Itulah yang diceritakan oleh adik2 Universiti Al- Azhar nie.

Makam Imam Shafie.

Tapak kaki Rasulullah..Iye ke...Wallahualam.

Oklah, macam dah penat pula. Tunggu edisi akan datang boleh tak? Macam edisi siasatlah pula. apa-apa pun sambung lain kali. Penatlah. Tunggu idea datang.







2 ulasan:

  1. memang nak gi jalan kat sana..tapi kena berkorban dulu..

    kamu asal segamat ek..hb akak org batu anam segamat.

    BalasPadam
  2. ye,asal sgmt.suka nya kak ina respon comment kita heheee

    BalasPadam