Isnin, 19 Julai 2010

HUJUNG MINGGU

Hari nie nak cerita aktiviti semalam. Aktiviti selepas pulang dari kampung. Dalam hujan renyai-renyai dari Kampung tu, berhenti jugalah kat tempat nie sebab dah berjanji dengan si kecik tu untuk mandi-manda. Supaya dia berpuas hati dan tak merungut-rungut menuntut janji, ibu dan ayah nie pun menunaikan hajat yang tak lepas tu.
kita orang pergi kat tempat nie...
        v
         v
         v
         v
         v
         v
         v
        v
         v
        v
kenapa macam tak nampak je...meh sini saya bagi tau..Nama tempat nie Taman Tiga Budaya Asahan. Kat mane? kat Asahan lah. asahan Melaka. Kenapa tiga budaya ek? kenapa,kenapa,kenapa?..saya pun tak pasti tapi, berdasarkan lokasi yang terletak di sempadan antara Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, tu namanya tiga budaya kot. Rasanya betulah tu.

Pemandangan dari luar. Hujan tu

Pada mulanya saya sendiri tak tau kewujudan tempat nie sehinggalah suami saya nie bagitau. Itu pun sebab dia ada buat kerja-kerja di Kawasan sekitar tempat ni. Tempat nie sebenarnya di kaki Gunung Ledang. Namun dia terletak di Kawasan Melaka. Perjalanan mengambil masa 20 minit dari Bandar Tangkak. Sebelum sampai tempat nie, kita akan bertemu dulu dengan penempatan PLKN. Terdapat juga kem askar kat sekitar Asahan nie. Jadi kalau nampak askar banyak keluar masuk jangan terkejut pula. Memang kawasan askar kat sini. Jangan menyorok pula nampak askar, nanti tersesat kat Kg Orang Asli pula...tak tau...

Tak sempat nak ambil gambar air dalam baldi nie jatuh.

Main tembak-tembak...alamak, apa sudah jadi

Sejuk-sejuk pun ada datang mandi. Tapi bagus juga bila datang time hujan, orang tak ramai.

Gambar puas hati selepas dapat mandi.

Dan ini pula gambar ibu yang poyo...heheee
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

(gambar di rakam oleh Haziq) pandainye hhee


1 ulasan:

  1. haziq nampak tembam...hehehe - cik lin

    BalasPadam