Khamis, 26 Mei 2011

Apalagi

harh...uh..hah..hurg..ape kena dok uh, ah semua bagai nih...jadi orang ijau pulak ek..Malas lah wei nak menaip sekarang nih.  Entah kenapa, ada cerita, banyak cerita..banyak gossip hehehee tapi malas nak menaip kenapa? sebab malas ler... Berbalik kepada topik yang ingin dikepohkan hari nih, saya nak cerita pasal lanun. ops, tetiba pulak. Mentang-mentanglah baru tengok wayang minggu lepas hahahaa...mak buyong tak sedar diri nih tetiba terajin nak melayan cinema bulan nih.  Hari nih nak layan Haziq tengok Kungfu Panda Boley? Boleylah kan sebab bayar sendiri auw...
Lupakan pasal cerita bagai nie semua...semua pun tau kan rumah kami sedang di pecah tebok bagaikan, so hari nie nak cerita sikit pasal perkembangan rumah panjang kitaorang tuh.  Bahagian dapur dah hampir siap.  Dah pasang tile, table top, siling semua.  InsyaAllah minggu nih siaplah tuh...cuma kabinet lambat sikit sebab tak gie survey harga lagi. 

Ini gambar dua minggu lepas.  Macam buruk je kan? hahaa...yelah, rumah dah lama dibaru muka.  Selepas enam tahun baru nak bikin.hehee...Gambar terbaru tak sempat ambil sebab minggu nih tak balik kampung lagi. Dan rasanya dua minggu lagi baru dapat tengok rumah sebab hujung minggu nie nak jejalan dalam negara ke Pulau Tioman.  Ade sesape nak ikut? Peh! macam best aje ko nak ajak-ajak orang bagai yerk.


Table top yang belum siap.



Okeh, untuk bahagian depan pulak, Baru naik bumbung.  Lambat sikit sebab beam kat depan tu besar so, kena ambil masa untuk buka formwork beam tuh. Lepas tuh kayu semua tuh letak ubat anai-anai semua walaupun pakai kayu masak sebab nak bagi tahan lama dan harap-harap tak akan ada masalah anai-anai lepas nih.
Bila dah buat rumah bagai, kos sudah melebihi jangkaan.  Mana lagi nak gali duit nih hehehee Banyak betul tambahan.  Baru buat renovation, duit dah kureng . Habis tabung dah pecah tapi masih lagi kurang.  Nampak gayanya kena makan roti cicah air teh je lah hari-hari hahaaaa...kuruslah lepas nih.



1 ulasan: