Isnin, 3 Januari 2011

PENGHUJUNG 2010

Lewat sudah cerita-ceriti sekarang. Nak kata sibuk tak juga. Dua minggu terakhir penghujung 2010, banyak kisah yang berlaku. Banyak benda nak cerita tapi dua dalam dua minggu tu lah saya rasa sangat tersiksa. Wah, macam ape pula aku nih..putus cinta ke ape? Bukan kerana cinta..tapi kerana rasa sakit yang teramat. Buat pertama kali dalam hidup, saya kena gastrik. Macam tak pecaya kan..Orang kuat makan macam saya boleh kena gastrik tapi itulah yang terpaksa ditempuh.Teruk gile, guling-guling, satu hari suntuk tido kat rumah dan bermulalah berbagai kisah dan versi. Paling sakit hati doktor salah bagi ubat. Satu doktor swasta yang tak bertanggungjawab dan satu lagi doktor government yang sengal. Haaa...semua nye buat aku sakit hati. Sakit hati bila mulut tiga empat kali cakap" saya mengandung". tapi bagi ubat yang tak sesuai dengan keadaan saya. Lepas tuh.....Dah!!malas nak jadi 'hulk'. Bila dah jadi hijau nanti pening nak betulkan balik. heheheee ayat macam kuat mengamok je.
Sempena tahun baru nih, kita cerita yang happy je ye.Tak yah lah cerita tentang hulk tadi. Saya pun dah semakin okey walaupun masih ada rasa sakit di bahagian bawah 'ari-ari'. Tapi lega sikit bila dah scan doktor kata baby okey dan harap tiada lagi masalah selepas nih. Saya nak cerita tentang Hari keluarga dan Angerah Khidmat Cemerlang yang dianjurkan oleh pejabat tempat suami saya bekerja pada 24-26 hb disember yang lalu di Glory Beach Resort, Port Dickson.


Walaupun banyak aktiviti saya tak dapat ikut serta, tapi ada juga beberapa gambar yang boleh diguna pakai.


antara penerima anugerah APC 2009

Alamak, tak nampaklah muka penerima anugerah yang sorang nih..nak yang lagi jelas..

Gambar yang jelas dan nyata tapi sayangnya ambik dalam bilik jerk.

Budak nih pon nak ambik saham..

Ini semasa Haziq sedang dalampertandingan mewarna. Ini gambar disebelah petang. Pagi tuh, Haziq masuk dua acara iaitu masuk kan air dalam botol menggunakan spange dan tiup gula-gula dalam tepong.. dua-dua dia menang.







Bila dah menang, bertambah semangat nak mask pertandingan mewarna tapi tak berjaya menang ape-ape. Apapun cuba. Tapi yang tak best, banyak gambar tak dapat ambil sebab masa nih saya dok dalam bilik. gastrik tak hilang-hilang.kesian ibu.,,

Selepas mewarna, acara wajib nak mandi pantai. Terpaksalah ayah dia layan.

Bersungguh nak berenang tapi pakai pelampong lah.hahaha

Seronok ha..berendam..


Main ombak. mabuk laut bapak ko melayan

Orange juice yang sedap tapi saya tak dapat rasa nikmatnya makan dan minum masa nih. Duduk ajer dah macam orang lepas pantang. Sakit nak aktif sangat. Pertama kali jalan tak dapat makan puas-puas.


Sempat possing. Lihatlah muka hitam ayah dan ibu.

anak dara kat pejabat ayah. Suka dak Haziq ada orang melayan dia. Ni candid dari Haziq


Wah...harimau Malaya..hehehee.Haziq suka dengan baby nih tapi bukan anak si baju Hitam tuu( Yana) dia cuma tukang pegang jerk.

Garangnye muka baby tuh..marah Haziq dok pegang-pegang dia.

Dan ini aksi Haziq kat belakang dewan. Orang sibuk karaoke kat depan, dia buat game sendiri kat belakang. Pening akak yang ambik air tuh tengok.


nama budak perempuan nih, Iman. Memang dua-dua nih tak tau dok diam.

Hadiah menang pertandingan masuk air dalam botol guna spange

Hadiah cari gula-gula dalam tepung.

Hadiah cenderahati ayah. (bola sepak pantai).

Dan ini hadiah utama cabutan bertuah yang ayah Haziq dapat...yang dalam kotak tuh okey...mamat nie sibuk nak ambik saham. Ish, tolong tepi sikit.


kotak ajer ke???


Inilah Hadiah yang dimaksudkan Fleet screen 32". Ha...nampaknya ada dua TV LCD lah kat rumah kitaorang sekarang nih hehehee..jangan jeles yek.
Walaupun percutian kali ini tak dapat join banyak acara, tapi sekurang-kurangnya bolehlah menceriakan Haziq sempena cuti sekolah yang lepas. Semoga kedatangan tahun baru, membuatkan dia lebih bersemangat ke sekolah. SELAMAT TAHUN BARU 2011.

1 ulasan:

  1. bestnya dapat lucky draw..ini tuah baby dalam perut ke...

    BalasPadam