Selasa, 11 Mac 2014

Wedding Uda

majlis ni hari sabtu lepas.  Majlis perkahwinan adik saya. Dalam family dia anak no 3. So,tinggal sorang je lagi anak mak yang belum kahwin. Lepas tu tak yah pening-pening pikir pasal majlis. Majlis kahwin ni memang banyak ke pikir tau..mak dan ayah saya dua bulan sebelum majlis dah buat itu ini. Yelah tinggal berdua. Nak harapkan anak memang payah lah terutama nya saya hihii. tapi mujur juga orang-orang kat Palong tu menolong. Sangat-sangat berterima kasih.




 Ini si kecik Hafikh. Budak ni baru dapat kaki. Masa time nikah kat masjid nie, bukan main lagi dia . Luas sangat agaknya masjid. Saya dah lama tak update pasal dia kan. Beday parthy dia dan Haziq haritu pon tak updatE lagi.. tak keruan....


Gambar dalam nie semua tak edit ye. tengok kakak kepoh sebelah tu konon2 nak selfie tapi dah macam ape dah muka. tak cun..eh, eh bio pengantin saje yang cun. mok cik dok dapor je.

Free style



Malam berinai.  Ai dulu tak buat pon malam berinai. Uda ni buat jugaklah sebab nak melayankan mak yang nak buat. berinai lah sangat tangan tu..

 Hantaran lelaki

hantaran perempuan. Ko kiralah sendiri berapa dulang ye.

 ini bff haziq. Cucu makcik sebelah rumah.  perempuan yang tak berapa nak gegirl tu Aqila. Sepupu bebudak ni.

auwm....

ini gambar curi okeh..harap tuan tanah izin kan hahahaa...tak nak cakap curi lah, gambar ehsan dari mimsxeera. ni semua my cousin dan ade sorg mak sedara terselit...





Tu je kot gambar yang sempat saya ambil. ada anak kecik ni payah sikit kan. Huru Hara...nanti saya buat part 2 pulak...hahaa..macam sempat InsyAllah.

Isnin, 3 Februari 2014

Taska

Semalam terbaca isu keselamatan kanak-kanak di taska dalam akbar berita harian. Kalau perasan kebanyakan dari taska yang ada kes sebelum2 ni, semuanya tak de berdaftar dengan JKM. Tetiba risau pulak pasal Hafikh walaupun  Setakat ni memang tak de masalah dan Hafikh pon happy je bila saya bagi dekat salah seorang pengasuh kat situ. Akak pengasuh tu pon dah berumur dia memang jaga bayi berusia dua tahun ke bawah. Sebenarnye sebelum hantar Hafikh ke taska ni, saya dah pastikan taska ni berdaftar dengan JKM dan saya sendiri nemastikan ape juga syarat yang di kenakan oleh JKM, taska ni patuhi. Cewah, macam saya pula pegawai JKM. Masa mula-mula nak survey taska tu, saya ada dua senarai taska yang saya rasa sesuai dan berdekatan dengan pejabat tapi bila dah tengok betul-betul dan setwlah diselidiki, saya rasa taska yang saya hantar Hafikh sekarang lebih mudah dan lebih di yakini. Yelah..anak duduk kat situ lama. Risau juga kalau jadi apa-apa.
Saya nak bagi sedikit tips dan maklumat tentang taska di bawah pemantaun JKM ni.
Mula-Mula sekali, tengok kedudukan taska tu. Kalau berada dalam taman, pastikan taska tu berada di tepi sekali. Kalau korang tengok taska tu duduk tengah-tengah antara deretan rumah, korang reject terus. Sebab syarat tadika atau taska di bawah JKM, taska tersebut mestilah berada di tepi sekali atau corner lot. Itu pertama-tamanya lah kalau nak tau.
Bila dari luaran tengok dah ok..cuba tengok pagar berkunci atau tidak. Syarat JKM, pagar premis hendaklah sentiasa berkunci. Macam taska Hafikh ni,mula-mula saya datang untuk survey, cikgu kat situ tak buka pon pintu pagar. Dia bagitau semua keperluan dan soalan saya di dalam pagar je.  dia kata, kalau berminat nanti datang bawa salinan surat beranak bayi dan isi borang yang diberi. Itu sahaja. Salinan surat beranak tu sebab nak tunjuk bila ade pegawai JKM buat lawatan. Biasanye pegawai JKM ada buat lawatan dua kali sebulan atau sebulan sekali...ha..macam tu lah yang saya faham dan ingat..yang pasti memang pegawai JKM ada buat pemantauanlah.
Okey lepas tu semasa pendaftaran pastikan kat taska tu tak ade buaiyan. Kalau ade buai, memang sah le taska tu tak berdaftar okey. Kat tempat Hafikh ni satu lagi bayi dan kanak-kanak yang lebih dewasa diasingkan. Lima orang bayi kena ada dua orang pengasuh.itu maksima untuk sesebuah taska. Bayi-bayi ni tadi di letakan dalam satu bilik. Saya diberi peluang untuk masuk ke taska Hafikh masa mula-mula nak daftar dulu. Setiap pintu ada penghadang. Itu untuk keselamatanlah.
Itu je yang saya ingat untuk syarat JPM. Untuk bilangan kanak-kanak tu saya tak ingat. Rasanya banyak lagi yang saya dah lupa. Ini sebahagian sahaja. Apapon kalau ade tersalah harap di maafin. Harap sedikit info ni dapat membantu ibubapa yang berhasrat hantar anak ke taska ye.

hafikh, semoga anak ibu ni sentiasa dilindungi  
Allah dan sihat selalu.gambar ni semasa majlis sambutan hari jadi di taska.