Selasa, 18 Januari 2011

KASIHKU

Kerinduan itu datang kembali
apakah aku terlupa
pada hakikat kejadian
yang pergi tak akan kembali
lupakah aku pada qada dan qadar.
sesungguhnya diasaat ini
hatiku tiba-tiba terusik
rindu itu terlalu menusuk jiwa
walaupun tanpa sebarang kenangan
namun ingatan wajah kecil itu
sering mengganggu, mengusik dan menjelma dalam ruang lingkup minda
Ujian ini terlalu besar
aku bukanlah sekuat yang disangka
namun hidup harus diteruskan
Sudahlah, keluhan bukan penyelesaian
bangun dan sedarlah pada kehidupan yang nyata
Ya, Allah dalam kerendahan diri aku mohon tabahkanlah,
cekalkanlah jiwa ini. amin

Kisah nii saya tulis setahun yang lalu. Masa jiwa tengah kacau..kacau betul hehee...tapi sekarang saya ok. dugaan tu menguji kita kan. saje je selitkan sajak entah ape2 nih. Mulanya nak letak masa 30 disember 2010 hari tuh. sempena memperingati anakanda saya siti Aishah. tapi  masa tuh kan saya macam tak sihat.  Diam tak diam, dah setahun berlalu. apa2 pun semoga adik' Siti aishah yang akan deliver bulan tujuh nih sihat dan menjadi penganti yang menjadi pengubat saya sekeluarga terutama Haziq yang dah cakap boring dok rumah tak de kawan....



1 ulasan:

  1. Hi there, this weekend is good for me, because this time i am
    reading this impressive educational article here at my house.


    My weblog - book critique

    BalasPadam