Rabu, 16 Jun 2010

PULANG BERTEMU

Alhamdulillah. saya telah selamat tiba di Malaysia pada 14 jun 2010 jam 5 petang dan sampai di rumah jam 12 tengahmalam. Semuanya selamat dan berjalan dengan sempurna. Tak sangka sekejap je masa berlalu. Dah 2minggu saya meninggalkan tanah air. Perjalanan Menaiki pesawat mengambil masa 10 jam dari Cairo Memang benar-benar memenatkan. Itu belum termasuk Transit dari Jeddah-Cairo selama empat jam membuatkan saya rasa lama sangat duduk sampai lenguh seluruh badan. Tapi begitulah lamanya mungkin Para anbia kita dulu berkelana tanpa pula menggunakan kemudahan kenderaan jika adapun hanyalah unta di padang pasir nan gersang. Lagi penat rasanya dahulu. syukur atas kurniaan yang Esa kepada kita kini. Cuma penat sedikit. Tidak mengapa.

Sebenarnya sebelum pergi menunaikan umrah, saya telah melawat ke Cairo(Kaherah ), Mesir terlebih dahulu. Saya berada disana selama tiga hari dan barulah ke Madinah dan seterusnya Mekah. Saya akan cuba berkongsi cerita tentang pengalaman di negara Egypt tersebut dan pengalaman di Madinah sertaMekah biarlah ia hanya menjadi memori indah saya sendiri kerana saya takut, andai ada perasaan riak yang timbul pula nanti. Walaupun bukan begitu niat dihati tapi sebagai manusia, kita tidak mampu untuk mengelak dari kesilapan walau hanya dengan menulis sahaja. Apapun saya bersyukur semuanya telah berjalan dengan lancar andai ada rezeki, ingin berkali-kali lagi saya untuk ke sana semula. Insyallah.

Ok, sebelum apa-apa, marilah kita berkongsi barang-barang yang telah diborong semasa di sana. Disebabkan saya pergi dengan mak mentua saya, jadi kegilaan untuk membeli semakin menjadi-jadi. Maklumlah mak mentua ni memang suka sangat memborong heheee...macam baik je aku nie ye.


Barang-baang di sana memang murah. Di Mesir taraf hidup rendah. Nilai matawang Pound pun murah. Jadi kat sana macam hartawan sekejap.heheee...tapi tak banyak barang yang boleh dibeli kerana kebanyakan barang yang ada tak boleh dipakai di Malaysia. Tak sesuai..



Memborong minyak wangi asli tanpa alkohol di 'The Egyptian Perfume Palace'. Banyak betul minyak wangi kat sini. Boleh pilih macam-macam bauan. Wangian yang telah menarik minat hati ialah Lotus Flower, secret of Desert dan Arabian Night. semua bauan ni sama macam jenama minyak wangi terkenal cuma lain nama je dan tanpa 'tipah tertipu' memang kekal sampai petang. saya dah cuba pun. berbaloilah. setiap botol adalah 30ml dan harga dia sekitar RM120. Pakai sikit-sikit je dah wangi. jangan bebanyak rugi.hehee..dua botol untuk suami dan saya dua botol biasalah kan bodek...orang dah bagi  jalan kenalah ambil hati sikit hehee.


Nie pula saya beli ketika melawat Kubu Sultan Salehhuddin al ayubi. Surah-surah Al-Quran yang ditulis diatas kulit kayu.


Koleksi Wang syiling yang digunakan dari zaman firaun hingga sekarang. Murah je RM 10. Untuk Haziq. Jangan koyak sudah.


 Selendang nie saya beli semasa di Bazar Khan Al-khalili. Puas bergaduh dengan penjual tu. Akhirnya dia bagi juga dengan harga yang saya minta. Nasib baik ada sorang student di Mesir tu tolong jadi penterjemah. Kalau tak, jadi ayam dengan itiklah jawabnya. huhuuu


T-shirt Egypt. Tak ingat berapa harga tapi saiz banyak beli yang  kecil.  Rugi jerk. Dah tersalah nak buat macam mana kan...

Itu saja barang yang diborong kat Mesir. Lain-lain tu makanan biasa je. Baju tarian padang pasir memnag banyak tapi sudah,sudah, sudah tak payah beli buat pening je laki aku tengok kat rumah nanti. Apa-apapun memang tak berminat nak beli. Glomour sangat..Disebabkan mata dah mengantuk,bantal dah panggil-panggil dan tangan pun dah kekebas saya akan sambung pula nanti cerita barang yang diborong sekitar Madinah dan Mekah. Tunggu ye. Assalammualaikum..







2 ulasan:

  1. syukur ko dah selamat pulang kin..seronok kan dpt pengalaman jejakkan kaki ke Rumah Allah.

    BalasPadam
  2. seronok sangat As. Alhamdulillah semua dipermudahkan semasa disana. Ade rezki nak g lg...InsyaAllah

    BalasPadam