Khamis, 17 Jun 2010

MESIR DAN FIRAUN

Kita sambung semula tentang pengalaman berada di Mesir..tapi sebelum tu, untuk barang-barang yang saya telah borong di Madinah dan Mekah akan kita sambung cerita pada catatan akan datang sebab ada beberapa keping lagi gambar barang-barang tersebut yang saya tak sempat lagi untuk ambil gambar tersebut. Perjalanan ke Mesir mengambil masa yang panjang iaitu sekitar 12 jam dari Malaysia. Memang penatlah. Saya pergi hanya berdua bersama ibu mentua. Suami saya, belum terbuka lagi hati untuk menunaikan Umrah bersama. Katanya, saya pergilah dulu. masa untuknya akan tiba nanti. Pada awalnya, saya dan mak mentua merancang untuk pergi menunaikan Umrah sahaja tapi entah macam mana tergerak hati pula untuk pergi mengikuti lawaan ke Mesir dahulu. Jadi dapatlah kita berkongsi pengalaman yang indah ini. Wah,wah,wah, panjang pula celoteh saya nie. Oklah jom, kita mulakan...
Sebelum berangkat sempatlah possing kat KLIA tu. Teruja juga fist time nak naik flight. huhu..jakon sungguh, orang lain dah berpuluh kali naik, saya inilah first time.setelah 28 tahun hidup..kesiannye mak cik hehee.
Dari Kuala Lumpur hinggalah ke Mesir, saya naik EGYPTAIR. Semua kelas. Yelah kan orang first time naik. semuanya best aje. Bila mula nak berlepas tu,takut gilalah. Macam-macam doalah saya baca. Berdebar-debar...macam dag,dig,dug dan bila dah lama-lama tu, barulah boleh relaks. Telan air liur beb sebab bunyi dengung yang kuat. Itulah namanya pengalaman.

Makanan memang best. Tak taulah orang lain. ada makaroni, beriyani daging,nasi dan makanan sampingan. Munkin ada juga orang yang tak kena dengan tkak tapi disebabkan akak sorang nie memang kuat makan, belasah je lah dik. Kalau tak kebulur. Sepanjang perjalanan tu dua kali diberi makan. lepas makan, tido dan makan semula, barulah sampai. sakit pinggang yang slim nie hehehe...



Ini televisyen kecil yang ada disetiap tempat duduk. maklumat tempat yang dituju, masa, ketinggian, cuaca diluar dan jarak perjalanan tak ketinggalan masa akan sampai. Memang lengkaplah. cuma nak dengan tak nak je baca. tapi bila dah mengantuk malas...tak bacalah semua tu.

Ini pula muka lepas bangun tido dan tak sabar-sabar nak turun. Dah ala-ala muka bibik pula. Biarlah janji nak possing juga.

Dan tibalah masanya untuk melihat keindahan alam ciptaan Illahi...sebelum mendarat, inilah beberapa keping gambar yang sempat dirakam dari udara pemandangan bandar Kaherah, Mesir.


matahari mula memancar

laut terbantang luas...indahnya

Welcome to Cairo






dan akhirnya sampai jua di negara Mesir, negara yang pernah

diperintah oleh Firaun. Alhamdulillah

pandangan pertama yang menarik perhatian setelah sampai di bumi Mesir ini..


Pemandangan di sekitar bandar Kaherah ini.

sebuah bandar yang sibuk dengan bermacam aktiviti. Dianggarkan lebih sejuta penduduk, menetap di bandar Kaherah ini. Bayangkan penduduk satu Malaysia duduk di dalam sebuah negeri. Begitulah padatnya penduduk di sini. Pertama kali, terkejutnya dengan keadaan di sini. Dengan orang yang ramai, cuaca dan yang paling terkejut...bising. bunyi hon kereta sentiasa memecah suasana. Bingit sungguh. Di sana mereka tak kisah kereta kemek sana sini selagi boleh jalan, diaorang bedal je.  Lampu isyarat pun tak banyak malah boleh dikatakan hampir tiada namun pemandu dia memang cayalah. expert gila bab memandu terutama pemandu bas...ye,lah saya kan naik bas sepanjang berada di sini. jadi memang taulah, diaorang memang cekap bila dijalanraya. Syarat  untuk mengambil lesen sangat mudah...hanya sepuluh tahun pengalaman memandu dan sedikit test dibuat. itupun kata mereka yang menetap di sini, tak susah untuk dapat lesen di Mesir ni.
 Ok, ini saja dulu buat kali ini...lain kali kita sambung semula. semoga tak bosan menunggu entry seterusnya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan