Selasa, 29 Jun 2010

Alif, Ba, Ta

Semalam entah macam mana Haziq cakap macam nie " Ayah,Ajid nak buat keje sekolahlah". Ayah dia pun cakap "jom, banyak ke keje sekolah ?". "Banyak". Fulamak..rajin gile pula hari nie.tapi tak pe lah kan, layan aje lah. Dengan banggganya dia pun keluarkan buku2 sekolah. Haziq nie jarang serajin ini. Bila suruh buat keje, biasanya dia xrajin jadi bila tiba-tiba dia rajin, semua orang akan terkejut. Selepas dah menulis semua, dia cakap nak ngaji.. Part ni lah yang saya nak cerita sangat

Rupa-rupanya dalam malas-malas si Haziq nie, dia dah kenal huruf alif, ba dan ta. Teruja sangat tengok dia baca malam semalam. Saya memang tak sangka sangat. Yelah, dia selalu pegi sekolah main-main je. Kejap malas, kejap rajin. Saya pun tak berapa nak kisah sebab dia baru empat tahun. Saya just nak bagi dia kenal alam persekolahan supaya dia boleh biasakan diri dengan sekolah dan memudahkan dia apabila bersekolah apabila tiba masanya. Saya target umur lima tahun dia dah kena betul-betul study dan saya tak boleh malas-malas lagi. Sekarang masuk darjah satu je dah kena pandai baca. Itu memang sesuatu yang benar-benar membuatkan saya risau. Tapi semalam tengok dia dah boleh baca alif, ba, ta...saya dah rasa kembang gile. heheee. Bukan ape, sebanarnya budak-budak nie cepat belajar dan sekarang saya benar-benar percaya itu sebab memang diakui anak saya nie, memang manja sikit. Ye, lah orang tak ada adik. Nak pegi sekolah suka hati dia je. Saya pernah terbaca artikel menyatakan kanak-kanak memang kadang-kadang nampak macam tak berminat sesuatu perkara tapi sebenarnya mereka dapat mengingat apa yang mereka belajar walaupun hanya sekilas pandang.


Gambar balik sekolah..mana satu haziq? tu dia yang botak tu...rambut baru..


Inilah buku Iqraq yang digunakan oleh sekolah Haziq. Setiap pagi sebelum belajar Cikgu akan mengajar semua mengaji dulu.


Inilah Huruf yang Haziq dah lancar baca semalam

Ini mukasurat dua.
Harapan saya seorang ibu semoga anak saya ini akan lebih rajin dan bersemangat untuk kesekolah.






4 ulasan:

  1. TAHNIAH Buat Haziq...

    Wawawa teruja dengar bile Haziq yg seusia anakku Batrisyia dah boleh membaca...huhuhu..Batrisyia belum Yana anto lagi ke sekolah..sebabnya dia ni ada masalah skit time buang air..hikhik..

    BalasPadam
  2. haziq belajar rajin2 ye..dah besar boleh jadi org berguna..

    BalasPadam
  3. Baiklah aunty as hihi
    Yana: Biasalah 2. Haziq pun sama.buang air kecil je kat sekolah. yg besar2 semua kat rmh.

    BalasPadam
  4. be a good boy ye haziq:-)

    BalasPadam