Khamis, 28 Januari 2010

BILA TERASA RINDU....


Bila terasa rindu...sedekahkan Al-fatihah buat Aishah yang di dalam kenangan. Untuk apa dikenang? Ya, untuk apa..tapi bagi aku yang mengandungkan dan melahirkan, kadang-kadang terkenang jua.Walaupun tak bersua tapi bila sesekali ketika memerah susu, ketika terasa sakitnya melahirkan perasaan sayang dan rindu hadir jua. Apa pun aku redha. Semoga ada hikmah disebaliknya. Kini walaupun  telah 30hari berlalu, aku masih lagi memerah susu. Sayang juga bila buang susu tu macam tu sahaja. Susu pun lambat kering. Mugkin niat untuk menyusukan pada awal kehamilan dulu membuatkan susu tu banyak.

Kat sini aku sedar, jika kita memang berniat, berhajat dan bersungguh-sungguh, susu tu dengan sendirinya akan keluar. Agak mustahil jika ada yang mengatakan tiada susu untuk menyusukan anak. Apapun terpulang pada individu. Kalau rasa yakin yang tinggi InsyAllah semua akan dipermudahkan. Walaupun aku sendiri tidak pernah lagi meyusukan secara eksklusif tapi aku yakin semua orang mampu melakukanya. InsyAllah, jika ada rezeki aku selepas ini, aku akan sedaya upaya akan menyusukan baby dengan susu ibu. Semoga dipermudahkan.

Semalam, anak aku , Haziq main sorang-sorang dan berangan yang dia sedang bermain dengan baby. Habis semua patung ultraman dia panggil adik dan dia bahasakan diri dia abang. Kesian juga tengok dia. Dia memang berharap nak adik tapi nak buat macam mana, belum sampai masanya lagi. Masa hari pengkebumian adik dia hari tu pun dia tengok. so, bila orang tanya mana adik dia akan jawab "adik dah tanam".  Harap2 suatu hari nanti dia akan faham dan aku bersyukur sampai saat ini pun dia tak tanya lagi tentang adik dia. Mungkin dia dah tengok semuanya, membuatkan dia tak bertanya lagi soalan-soalan yang aku sendiri mungkin tak dapat nak jawab. Sabarlah Haziq.satu hari nanti, Haziq akan dapat adik juga. Masa tu nanti, Ibu harap Haziq akan jaga adik dengan sebaiknya ya, sayang.

2 ulasan:

  1. sobsobsob sedih saya baca citer nih..kalau saya kat tempat awak mm tak tau la cane nak bayangkan..

    Sedangkan hilang anak sekejap pun dah gelisah..nikan tuk selamanya..

    Harap bersabar la..dari DIA kita dtg kepada DIA jua kita pulang =)

    BalasPadam
  2. duk cari2 shoutbox xde plak..hehe

    jengah la saya nye blog http://yananuar.blogspot.com

    tata.. =)

    BalasPadam